Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 21:30-39 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 21:30-39 in Kitab Suci Zabur dan Injil

30 Ini menggemparkan semua orang Yahudi di kota itu lalu mereka berlari dan berhimpun mengerumuni Paulus. Mereka menangkapnya dan menyeretnya ke luar rumah ibadat. Semua pintu rumah ibadat pun segera ditutup.
31 Ketika mereka hendak membunuhnya, ketua pasukan tentera Rom mendengar bahawa seisi kota Baitulmaqdis sedang merusuh.
32 Dia segera membawa beberapa orang ketua tentera dan askar-askar untuk mendapatkan perusuh-perusuh itu. Apabila melihat mereka datang, perusuh-perusuh itu berhenti memukul Paulus.
33 Ketua pasukan tentera itu datang menangkap Paulus, disuruhnya ikat dengan dua rantai. Dia bertanya siapakah itu dan apakah yang telah dilakukannya.
34 Di antara orang ramai itu sesetengah menjawab begini dan sesetengahnya begitu. Oleh sebab ketua pasukan tentera itu tidak dapat memastikan punca huru-hara itu, dia menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu.
35 Setelah sampai ke tangga, askar-askar mengangkat Paulus kerana orang ramai mengganas.
36 Mereka mengikut sambil berseru-seru, ‘Hapuskan dia!’
37 Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu, dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, ‘Bolehkah aku menyatakan sesuatu kepadamu?’ Ketua pasukan tentera itu berkata, ‘Kamu tahu bahasa Yunani?
38 Bukankah kamu ini orang Mesir yang dulu mencetuskan pemberontakan dan memimpin empat ribu orang pengganas ke gurun?’
39 Paulus berkata, ‘Aku ini orang Yahudi dari kota Tarsus di tanah Kilikia iaitu kota yang agak terkenal, dan aku meminta kamu benarkan aku bercakap kepada orang ramai itu.’
Kisah Para Rasul 21 in Kitab Suci Zabur dan Injil