Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 20:29-32 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 20:29-32 in Kitab Suci Zabur dan Injil

29 Aku tahu bahawa sepeninggalanku nanti, beberapa serigala garang akan masuk menyerang jemaah ini;
30 malah dari antara kamu sendiri akan bangkit beberapa orang yang memesongkan ajaran yang benar dan berusaha menarik ahli-ahli jemaah mengikut mereka.
31 Oleh itu berjaga-jagalah, serta ingatlah bagaimana selama tiga tahun aku tidak berhenti-henti siang malam menasihatkan setiap orang dengan air mataku.
32 ‘Sekarang aku menyerahkan kamu kepada Allah dan kepada perkhabaran tentang kasih kurnia Allah, yang berkuasa meneguhkan imanmu dan memberimu warisan yang diperuntukkan bagi seluruh umat Allah.
Kisah Para Rasul 20 in Kitab Suci Zabur dan Injil