20 ‘Sudah tersurat dalam kitab Zabur, ‘ “Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi; Dan jangan sesiapapun tinggal di situ,” dan, ‘ “Biarlah orang lain mengambil jawatannya.”
21 Oleh itu, di antara orang yang telah berserta dengan kita sepanjang masa Junjungan Isa, keluar masuk bersama kita,
22 dari masa Isa diimadkan oleh Yahya sampailah ke hari Dia diangkat naik dari kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.’
23 Mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang juga dipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus), dan Matias.
24 Mereka pun berdoa, ‘Ya Tuhan yang mengetahui hati sekalian manusia, tunjukkanlah yang mana antara dua orang ini Engkau pilih
25 untuk memegang jawatan ini serta menjalankan kerja kerasulan bagi menggantikan Yudas. Ini kerana Yudas telah meninggalkan jawatan dan pekerjaan ini untuk pergi ke tempat yang wajar baginya.’