Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 19:4-10 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 19:4-10 in Kitab Suci Zabur dan Injil

4 Paulus berkata, ‘Yahya telah mengimadkan orang dengan pengimadan taubat dan berkata kepada mereka bahawa mereka hendaklah mempercayai Dia yang akan datang selepasnya, iaitu Isa.’
5 Setelah mereka mendengar penerangan itu, mereka diimadkan dengan nama Junjungan Isa.
6 Paulus meletakkan tangan di atas mereka lalu datanglah Roh Suci menguasai mereka dan mereka semuanya bercakap dalam berbagai-bagai bahasa serta bernubuat.
7 Semuanya ada kira-kira dua belas orang.
8 Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah.
9 Akan tetapi beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu Paulus meninggalkan mereka lalu membawa pengikut-pengikut Isa bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan.
10 Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.
Kisah Para Rasul 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil