Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 19:26-37 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 19:26-37 in Kitab Suci Zabur dan Injil

26 Saudara-saudara juga melihat dan mendengar bahawa di Efesus ini malah hampir di seluruh Asia, Paulus itu telah mempengaruhi ramai orang dengan berkata bahawa barang yang diperbuat oleh manusia bukannya dewa.
27 Dengan demikian, apa yang dikhuatiri bukan saja mata pencarian kita ini dihina, bahkan rumah Artemis, dewi yang besar itu pun tidak akan diindahkan lagi, lalu hilanglah kebesaran dewi yang disembah orang di seluruh Asia malah di serata dunia.’
28 Setelah mendengar kata-kata itu, semua yang hadir naik berang dan berseru, ‘Maha besar Artemis, dewi orang Efesus!’
29 Dengan demikian orang ramai merusuh di kota itu. Mereka menangkap Gayus dan Aristarkhus, orang Makedonia yang menemani Paulus dalam perjalanannya, lalu menyeret mereka ke stadium kota itu.
30 Paulus hendak pergi bercakap kepada orang ramai tetapi para pengikut Isa tidak membenarkannya.
31 Beberapa orang pegawai kerajaan yang bersahabat dengan Paulus berpesan kepadanya supaya jangan masuk ke stadium itu.
32 Orang yang berkumpul di situ berseru-seru, sesetengah berkata begini dan sesetengah begitu; kerana semuanya dalam keadaan kelam-kabut dan sebilangan besar daripada mereka tidak tahu mengapa mereka berhimpun.
33 Orang Yahudi menolak Iskandar ke hadapan untuk menghadapi orang ramai. Iskandar memberikan isyarat dengan tangannya kerana dia hendak menjelaskan segalanya kepada mereka.
34 Akan tetapi apabila mereka mengenalinya sebagai orang Yahudi, semuanya berseru serentak selama kira-kira dua jam, ‘Maha besar Artemis, dewi orang Efesus!’
35 Ketika itu setiausaha kota menyuruh mereka diam lalu berkata, ‘Hai orang Efesus, siapa yang tidak tahu bahawa orang kota Efesuslah yang memelihara kuil dewi besar Artemis dan patung sucinya yang turun dari langit?
36 Ini tidak dapat dinafikan. Oleh itu kamu patut bertenang dan jangan bertindak gopoh-gapah.
37 Kedua-dua orang ini tidak merampas harta tempat berhala dan tidak pula menghina dewi kita, tetapi kamu membawa mereka ke mari.
Kisah Para Rasul 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil