Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 19:17-28 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 19:17-28 in Kitab Suci Zabur dan Injil

17 Berita itu tersebar di kalangan orang Yahudi mahupun Yunani di Efesus; mereka ketakutan lalu nama Junjungan Isa semakin dimuliakan.
18 Ramai orang yang mempercayai Isa datang sambil mengakui segala perbuatan jahat mereka yang lalu.
19 Beberapa orang yang mengamalkan ilmu sihir mengumpulkan semua buku sihirnya dan membakarnya di hadapan orang ramai. Semua buku sihir itu dianggar nilainya kira-kira lima puluh ribu keping wang perak.
20 Demikianlah, firman Tuhan tersebar luas dan semakin berkuasa.
21 Setelah selesai peristiwa itu, Paulus berniat dalam hatinya hendak menjelajahi Makedonia dan Akhaya dan kemudian ke Baitulmaqdis. Dia berkata, ‘Selepas itu, aku mesti pergi ke Rom pula.’
22 Dia pun menyuruh Timotius dan Erastus, dua orang daripada pembantu-pembantunya, pergi dahulu ke Makedonia, manakala dia tinggal lebih lama di Asia.
23 Pada masa itu berlaku huru-hara di Efesus kerana ajaran tentang Jalan Tuhan.
24 Seorang tukang perak bernama Demetrius membuat balai-balai berhala Dewi Artemis daripada perak. Pekerjaan ini membawa hasil lumayan kepada pekerja-pekerjanya.
25 Dia menghimpunkan para pekerja serta tukang-tukang yang sama mata pencariannya lalu berkata, ‘Saudara-saudara sekalian tahu bahawa daripada pekerjaan inilah kita mendapat keuntungan.
26 Saudara-saudara juga melihat dan mendengar bahawa di Efesus ini malah hampir di seluruh Asia, Paulus itu telah mempengaruhi ramai orang dengan berkata bahawa barang yang diperbuat oleh manusia bukannya dewa.
27 Dengan demikian, apa yang dikhuatiri bukan saja mata pencarian kita ini dihina, bahkan rumah Artemis, dewi yang besar itu pun tidak akan diindahkan lagi, lalu hilanglah kebesaran dewi yang disembah orang di seluruh Asia malah di serata dunia.’
28 Setelah mendengar kata-kata itu, semua yang hadir naik berang dan berseru, ‘Maha besar Artemis, dewi orang Efesus!’
Kisah Para Rasul 19 in Kitab Suci Zabur dan Injil