Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 17:3-9 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 17:3-9 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Dia menyatakan dan menunjukkan bahawa al-Masih mengalami kematian dan kemudian bangkit daripada kematian; juga katanya, ‘Isa yang kusebutkan kepadamu inilah al-Masih.’
4 Beberapa orang di situ percaya lalu bersahabat dengan Paulus dan Silas; antara mereka terdapat sebilangan besar orang Yunani yang taat akan Allah serta cukup ramai wanita yang terkemuka.
5 Tetapi orang Yahudi berasa dengki lalu mengumpulkan orang jahat dan memulakan huru-hara di kota itu; mereka menyerang rumah Yason untuk membawa keluar rasul-rasul itu menghadap orang ramai.
6 Apabila mereka tidak menemui Paulus dan Silas, mereka menyeret Yason dan beberapa orang lagi pengikut Isa ke hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa sambil berseru, ‘Orang ini telah menimbulkan kekacauan di merata-rata dan sekarang mereka datang pula ke sini
7 lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya. Mereka ini melanggar undang-undang Kaisar Rom dengan mengatakan ada orang lain yang menjadi raja, bernama Isa.’
8 Apabila orang ramai dan pegawai kerajaan mendengar kata-kata itu, mereka pun gempar.
9 Mereka menerima ikat jamin untuk Yason dan yang lain lalu membenarkan mereka pergi.
Kisah Para Rasul 17 in Kitab Suci Zabur dan Injil