Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 17:19-30 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 17:19-30 in Kitab Suci Zabur dan Injil

19 Mereka membawanya ke Areopagus sambil berkata, ‘Bolehkah kami mengetahui apakah ajaran baru yang kamu katakan ini?
20 Kamu menyampaikan ke telinga kami perkara-perkara yang aneh; oleh itu kami hendak mengetahui ertinya segala perkara ini.’
21 (Semua orang Atena dan orang asing di situ asyik sekali membincangkan atau mendengar tentang perkara-perkara terbaru).
22 Paulus berdiri di tengah Areopagus itu lalu berkata, ‘Saudara-saudara orang Atena, aku lihat dalam semua hal saudara-saudara sentiasa ingat menyembah tuhan.
23 Sedang aku berjalan-jalan sambil memerhatikan apa yang saudara-saudara sembah, di suatu tempat aku dapati suatu tempat korban yang ditulis begini: “Kepada Tuhan yang tidak diketahui.” Tuhan yang saudara-saudara sembah tanpa mengetahui-Nya itulah yang hendak aku nyatakan kepada saudara-saudara.
24 ‘Allah yang menjadikan dunia dengan segala isinya serta memerintah langit dan bumi tidak tinggal di tempat sembahyang buatan manusia,
25 dan tidak dilayani oleh manusia kerana Dia tidak kekurangan apa-apa. Malah Dialah yang memberi manusia hidup dan nafas serta segala-galanya.
26 Daripada seorang manusia Dia menjadikan semua bangsa manusia yang menduduki seluruh muka bumi; Dia juga menetapkan masa dan tempat mereka hidup.
27 Masing-masing diharap mencari Tuhan, mudah-mudahan mereka menemui-Nya. Dia tidaklah jauh daripada kita.
28 “Kerana-Nya kita bergerak serta ada di dunia ini.” Sebagaimana kata penyair bangsamu, “Kita adalah anak-Nya.”
29 ‘Oleh sebab kita anak-Nya, tidak patut kita sangka Dia serupa dengan emas, perak atau batu yang diukir dengan kepandaian dan akal manusia.
30 Allah membiarkan manusia melalui zaman kejahilan itu; tetapi sekarang Dia menyuruh manusia di seluruh dunia ini bertaubat;
Kisah Para Rasul 17 in Kitab Suci Zabur dan Injil