Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 15:16-23 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 15:16-23 in Kitab Suci Zabur dan Injil

16 ‘ “Setelah itu Aku akan kembali dan membina semula khemah Daud yang roboh; dan segala keruntuhannya akan Kubangunkan, lalu Kutegakkan semula,
17 supaya semua bangsa yang lain akan mencari Tuhan, bangsa asing yang Kupanggil menjadi umat-Ku.”
18 Demikianlah firman Tuhan yang telah melakukan semua ini dan yang telah menyatakannya sejak dahulu kala.
19 ‘Oleh itu pada fikiranku janganlah kita menyusahkan orang bangsa asing yang telah mempercayai Allah;
20 tetapi hendaklah kita berkirim surat kepada mereka dan menasihati mereka supaya menjauhkan diri daripada memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan daripada melakukan zina.
21 Sejak dahulu kala dalam setiap negara ada orang yang menyebarkan berita tentang Musa dan membaca Tauratnya di saumaah-saumaah pada hari Sabat.’
22 Selepas itu, para rasul dan tua-tua serta seluruh jemaah bersetuju memilih beberapa orang di antara mereka untuk ke Antiokhia bersama Paulus dan Barnabas. Orang yang dipilih itu ialah Yudas yang bergelar Barsabas, dan juga Silas, yang mengetuai saudara-saudara itu.
23 Mereka diamanahkan membawa sepucuk surat yang berbunyi: ‘Salam daripada para rasul, tua-tua jemaah dan saudara-saudaramu kepada saudara-saudara bukan Yahudi yang tinggal di Antiokhia, Siria dan Kilikia.
Kisah Para Rasul 15 in Kitab Suci Zabur dan Injil