Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 15:1-15 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 15:1-15 in Kitab Suci Zabur dan Injil

1 Kemudian, beberapa orang datang dari Yudea dan mengajar pengikut Isa di Antiokhia, ‘Jika kamu tidak disunat menurut adat Musa, kamu tidak akan mendapat penyelamatan.’
2 Ini menyebabkan Paulus dan Barnabas banyak berbahas dan berbantah dengan orang dari Yudea itu. Akhirnya diputuskan bahawa Paulus dan Barnabas serta beberapa orang lain pergi ke Baitulmaqdis berjumpa dengan para rasul dan tua-tua untuk bertanyakan persoalan tersebut.
3 Jemaah menghantar mereka sampai ke luar kota. Semasa mereka meneruskan perjalanan melalui Fenisia dan Samaria, mereka memberitahu bagaimana orang bangsa asing telah percaya kepada Isa. Pengikut-pengikut Isa di situ amat sukacita mendengarnya.
4 Setelah sampai ke Baitulmaqdis, jemaah dan para rasul serta tua-tua menyambut mereka. Mereka pun menceritakan segala perkara yang telah dilakukan Allah melalui mereka.
5 Akan tetapi beberapa orang daripada mazhab Farisi yang telah mempercayai Isa bangkit lalu berkata, ‘Orang bangsa asing itu haruslah disunat dan wajib menurut Taurat Musa.’
6 Para rasul dan tua-tua berkumpul untuk menyelidik serta membincangkan perkara itu.
7 Setelah perkara itu banyak dibincangkan, Petrus berdiri lalu berkata, ‘Saudara-saudara semuanya tahu bahawa Allah telah memilihku sejak dahulu kala dari kalangan kita semua untuk menyampaikan firman-Nya tentang berita baik kepada bangsa asing, lalu mereka percaya.
8 Allah yang mengetahui hati manusia telah bersaksi akan mereka itu dan memberi mereka Roh Suci sebagaimana diberi-Nya kepada kita.
9 Allah tidak membezakan mereka dengan kita sedikit pun. Dia menyucikan hati mereka kerana iman mereka.
10 Sekarang ini mengapa saudara-saudara menduga Allah dengan meletakkan ke atas mereka suatu beban yang tidak dapat ditanggung oleh nenek moyang kita, malah oleh kita ini juga?
11 Kami percaya hanya dengan kasih kurnia Junjungan Isa dapat kita berharap untuk diselamatkan, samalah seperti orang bangsa asing itu.’
12 Orang ramai pun diam lalu mendengar Barnabas dan Paulus menceritakan segala alamat dan mukjizat yang dilakukan Allah di kalangan bangsa asing melalui mereka berdua.
13 Setelah mereka habis bercerita, Yakobus pula berkata, ‘Saudara-saudara, dengarlah.
14 Simon telah menceritakan bagaimana Allah pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bangsa asing dan memilih dari kalangan mereka suatu kaum untuk menjadi umat-Nya.
15 Hal ini selaras dengan nubuat nabi-nabi yang tersurat:
Kisah Para Rasul 15 in Kitab Suci Zabur dan Injil