7 Di situ mereka menyampaikan berita baik.
8 Di Listra ada seorang lelaki yang lumpuh kakinya sejak lahir dan tidak pernah berjalan.
9 Dia duduk mendengar kata-kata Paulus. Pada pandangan Paulus orang itu dapat disembuhkan kerana dia mempunyai iman.
10 Oleh yang demikian Paulus merenungnya sambil bersuara lantang, ‘Bangunlah berdiri tegak!’ Lalu orang itu melompat berdiri dan mula berjalan.
11 Orang ramai melihat apa yang dilakukan oleh Paulus itu lalu berseru dalam bahasa Likaonia, ‘Lihatlah, dewa-dewa telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia.’
12 Dengan demikian Barnabas dipanggil mereka ‘Zeus’ dan Paulus disebut ‘Hermes’ kerana dia yang terutama bercakap.