Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 14:3-12 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 14:3-12 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Rasul-rasul itu tinggal lama di situ dan berkata-kata dengan berani tentang Tuhan. Tuhan pun menunjukkan kebenaran kata-kata mereka tentang kasih kurnia-Nya dengan memberi mereka kuasa melakukan pelbagai alamat dan mukjizat.
4 Penduduk bandar itu terbahagi dua: sebahagian memihak kepada orang Yahudi dan yang sebahagian lagi kepada rasul-rasul itu.
5 Kemudian orang Yahudi dan bangsa lain serta ketua-ketua mereka berpakat untuk menganiaya dan merejam rasul-rasul itu.
6 Apabila rasul-rasul itu mendapat tahu tentang hal itu, mereka lari ke Listra dan Derbe, kota-kota di Likaonia, serta daerah sekitarnya.
7 Di situ mereka menyampaikan berita baik.
8 Di Listra ada seorang lelaki yang lumpuh kakinya sejak lahir dan tidak pernah berjalan.
9 Dia duduk mendengar kata-kata Paulus. Pada pandangan Paulus orang itu dapat disembuhkan kerana dia mempunyai iman.
10 Oleh yang demikian Paulus merenungnya sambil bersuara lantang, ‘Bangunlah berdiri tegak!’ Lalu orang itu melompat berdiri dan mula berjalan.
11 Orang ramai melihat apa yang dilakukan oleh Paulus itu lalu berseru dalam bahasa Likaonia, ‘Lihatlah, dewa-dewa telah menjelma sebagai manusia dan turun ke dunia.’
12 Dengan demikian Barnabas dipanggil mereka ‘Zeus’ dan Paulus disebut ‘Hermes’ kerana dia yang terutama bercakap.
Kisah Para Rasul 14 in Kitab Suci Zabur dan Injil