Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 14:16-25 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 14:16-25 in Kitab Suci Zabur dan Injil

16 Pada zaman silam, Allah membiarkan manusia mengikut jalan masing-masing.
17 Namun, Allah sentiasa memberikan kesaksian tentang diri-Nya dengan kebaikan yang dilakukan-Nya. Dia mengurniaimu hujan dari langit dan hasil dari bumi menurut musimnya. Dia mengurniaimu makanan dan kegembiraan.’
18 Sungguhpun rasul-rasul itu berkata begitu, sukar juga mereka menghalang orang ramai mempersembahkan korban kepada mereka.
19 Setelah itu beberapa orang Yahudi dari Antiokhia dan Ikonium mempengaruhi orang ramai sehingga berpihak kepada mereka. Mereka merejam Paulus, kemudian menyeretnya ke luar kota, dengan sangkaan dia sudah mati.
20 Akan tetapi apabila pengikut Isa mengelilinginya, dia bangun lalu masuk semula ke dalam kota. Esoknya dia keluar pergi ke Derbe bersama Barnabas.
21 Setelah menyebarkan berita baik kepada semua penduduk dan membawa beberapa orang menjadi pengikut Isa, kedua-duanya kembali ke Listra, ke Ikonium dan Antiokhia.
22 Di sana mereka menguatkan hati para pengikut Isa dan mengingatkan mereka supaya berpegang teguh kepada kepercayaan mereka, katanya, ‘Memang tidak dapat dielakkan bahawa kita masuk ke dalam kerajaan Allah dengan menanggung banyak kesusahan.’
23 Setelah menetapkan para tua-tua bagi setiap jemaah dan berdoa serta berpuasa, mereka menyerahkan mereka kepada Tuhan yang sudahpun dipercayai oleh mereka.
24 Setelah melalui tanah Pisidia, rasul-rasul itu sampai ke tanah Pamfilia.
25 Mereka menyampaikan firman Allah di Perga, kemudian pergi ke Atalia.
Kisah Para Rasul 14 in Kitab Suci Zabur dan Injil