Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 13:37-52 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 13:37-52 in Kitab Suci Zabur dan Injil

37 Namun, ini tidak terjadi kepada Dia yang dibangkitkan Allah daripada kematian.
38 ‘Oleh itu, ketahuilah saudara-saudara, melalui Isa berita pengampunan dosa disampaikan kepada saudara sekalian.
39 Setiap orang yang percaya kepada-Nya diampunkan segala dosanya yang tidak dapat diampunkan melalui Taurat Musa.
40 Berhati-hatilah, supaya apa yang telah disebutkan oleh nabi-nabi tidak menimpa saudara sekalian:
41 ‘ “Dengarlah hai orang yang menghina Allah! Kamu akan terkejut dan punah! Apa yang Kulakukan kini tidak akan kamu percayai, walaupun diterangkan kepadamu!” ’
42 Apabila Paulus dan Barnabas hendak meninggalkan rumah ibadat itu, orang Yahudi meminta mereka datang lagi pada hari Sabat berikutnya untuk meneruskan penerangan mereka tentang hal-hal tersebut.
43 Setelah bersurai perhimpunan di rumah ibadat itu, ramai orang Yahudi mahupun orang bangsa lain yang telah memeluk agama Yahudi mengikut Paulus dan Barnabas. Kedua-dua rasul itu menasihati mereka supaya sentiasa hidup berpegang teguh kepada kasih kurnia Allah.
44 Pada hari Sabat berikutnya, hampir seluruh penduduk kota itu berhimpun mendengar firman Allah.
45 Setelah dilihat oleh orang Yahudi betapa ramainya orang datang itu, timbullah hasad dengki dalam hati mereka lalu mereka membangkang kata-kata Paulus serta mencelanya.
46 Namun demikian, Paulus dan Barnabas bercakap dengan berani. Mereka berkata, ‘Memang seharusnya firman Allah disampaikan kepada kamu terlebih dahulu. Akan tetapi disebabkan kamu menolak firman-Nya dan menganggap dirimu tidak layak menerima hidup kekal, kami berpaling daripadamu dan pergi kepada bangsa asing.
47 Inilah perintah Tuhan kepada kami: ‘ “Aku telah menetapkan bahawa kamu menjadi cahaya kepada semua bangsa asing, dan melalui-Mu Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.” ’
48 Orang bangsa asing bersukacita dan memuji firman Allah setelah mendengar kata-kata itu. Mereka yang dipilih Allah untuk menerima hidup kekal pun percayalah kepada Isa.
49 Firman Tuhan tersebar di serata daerah itu.
50 Orang Yahudi menghasut orang yang berkuasa di kota itu dan wanita-wanita terkemuka bangsa asing yang takut akan Allah. Mereka mula menganiaya Paulus dan Barnabas lalu mengusir kedua-duanya dari daerah tersebut.
51 Rasul-rasul itu pun mengebaskan debu dari kaki mereka sebagai bantahan terhadap orang di situ lalu pergi ke Ikonium.
52 Bagaimanapun, para pengikut Isa amat bergembira dan dipenuhi Roh Suci.
Kisah Para Rasul 13 in Kitab Suci Zabur dan Injil