Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 12:3-7 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 12:3-7 in Kitab Suci Zabur dan Injil

3 Apabila dilihatnya orang Yahudi sukacita dengan tindakannya, dia menangkap Petrus pula, pada Perayaan Roti Tidak Beragi.
4 Dia memasukkan Petrus ke dalam penjara dan menyerahkannya kepada enam belas orang askar yang bertugas menjaganya bergilir-gilir, empat orang segiliran. Niatnya hendak membawa Petrus ke hadapan orang Yahudi selepas perayaan Paska.
5 Sementara itu Petrus dikawal rapi di dalam penjara; tetapi jemaah berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah untuknya.
6 Pada malam sebelum hari perbicaraan yang ditetapkan oleh Herodes itu, Petrus tidur antara dua orang askar, terikat dengan dua rantai; di samping itu para pengawal berjaga di hadapan pintu penjara itu.
7 Tiba-tiba malaikat Tuhan terdiri di situ dan cahaya menyinari bilik itu. Malaikat itu menepuk Petrus dan membangunkannya lalu berkata, ‘Cepat bangun.’ Dalam sekelip mata gugurlah rantai dari tangan Petrus.
Kisah Para Rasul 12 in Kitab Suci Zabur dan Injil