Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 11:20-29 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 11:20-29 in Kitab Suci Zabur dan Injil

20 tetapi sesetengah daripada mereka dari Siprus dan Kirene datang ke Antiokhia lalu menyampaikan berita baik tentang Junjungan Isa kepada orang bukan bani Israel.
21 Melalui kuasa Tuhan yang menyertai mereka, ramai orang percaya dan berpaling kepada-Nya.
22 Jemaah di Baitulmaqdis mendengar hal itu lalu menyuruh Barnabas pergi ke Antiokhia.
23 Setelah dia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, dia amat sukacita dan menggalakkan mereka semua supaya meneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan.
24 Barnabas orang baik, penuh dengan Roh Suci dan iman. Semakin bertambahlah bilangan orang yang percaya akan Tuhan.
25 Kemudian Barnabas pergi ke Tarsus mencari Saul;
26 setelah menemuinya, dibawanya ke Antiokhia. Selama setahun kedua-duanya berserta dengan jemaah dan mengajar ramai orang. Di Antiokhialah para pengikut mula-mula disebut Masihi.
27 Pada masa itu beberapa orang nabi turun dari Baitulmaqdis ke Antiokhia.
28 Seorang yang bernama Agabus bernubuat dengan ilham Roh Suci bahawa bencana kebuluran akan melanda seluruh dunia; ini sesungguhnya terjadi pada zaman Klaudius.
29 Para pengikut Isa membuat keputusan hendak menghantar bantuan, menurut kemampuan masing-masing, kepada saudara-saudara di Yudea.
Kisah Para Rasul 11 in Kitab Suci Zabur dan Injil