Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 11:2-14 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 11:2-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

2 Apabila Petrus pergi ke Baitulmaqdis, orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan masih berpegang kepada upacara sunat, membantah perbuatannya.
3 Mereka berkata, ‘Kamu telah menumpang di rumah orang bangsa asing yang tidak bersunat; malah kamu telah makan bersama mereka!’
4 Oleh yang demikian, Petrus menerangkan segala yang telah berlaku, satu persatu:
5 ‘Ketika aku sedang berdoa di Yope, aku telah melihat satu penglihatan. Aku melihat sesuatu seperti kain yang amat lebar, terikat keempat-empat penjurunya, diturunkan dari langit lalu terletak dekat denganku.
6 Aku memerhatikannya lalu melihat binatang yang berkaki empat, yang liar dan yang melata, juga burung-burung.
7 Aku mendengar suara berkata, “Hai Petrus, bangunlah, sembelih dan makanlah.”
8 ‘Aku berkata, “Ya Tuhan, jangan demikian, aku belum pernah makan barang yang haram atau najis.”
9 ‘Suara itu berkata pula kepadaku, “Barang yang dihalalkan oleh Allah, jangan kau haramkan.”
10 Ini berulang tiga kali, kemudian semuanya terangkat naik semula ke langit.
11 ‘Pada ketika itu tiga orang yang diutus dari Kaisarea kepadaku berdiri di hadapan rumah yang kami tumpang.
12 Roh Suci menyuruh aku pergi bersama mereka tanpa ragu-ragu. Enam orang saudara seiman di Yope menyertaiku ke Kaisarea lalu kami masuk ke rumah Kornelius.
13 Kornelius bercerita kepada kami bahawa dia telah melihat malaikat berdiri di hadapannya di rumahnya dan berkata kepadanya, “Suruhlah orang pergi ke Yope memanggil seorang bernama Simon bergelar Petrus.
14 Dia akan menyampaikan perkhabaran yang menyelamatkan kamu sekeluarga.”
Kisah Para Rasul 11 in Kitab Suci Zabur dan Injil