Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 11:14-26 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 11:14-26 in Kitab Suci Zabur dan Injil

14 Dia akan menyampaikan perkhabaran yang menyelamatkan kamu sekeluarga.”
15 ‘Apabila aku mula bercakap, Roh Suci memenuhi mereka, seperti yang terjadi kepada kita dahulu.
16 Ketika itu aku teringat kata-kata Junjungan: “Yahya mengimadkan dengan air, tetapi kamu akan diimadkan dengan Roh Suci.”
17 Jelaslah bahawa Allah telah memberi orang asing itu kurnia yang sama seperti yang kita terima ketika kita beriman kepada Junjungan Isa al-Masih. Siapakah aku untuk cuba menghalang kuasa Allah?’
18 Setelah mendengar penjelasan Petrus, mereka tidak membantah perbuatannya lagi, lantas mereka memuji Allah dan berkata, ‘Kalau begitu, Allah memberikan peluang kepada orang bukan bani Israel juga untuk bertaubat dan mendapat hidup.’
19 Setelah Stefanus dibunuh, orang yang tercerai-berai kerana dianiaya sampai ke Finisia, Siprus dan Antiokhia. Mereka menyampaikan firman hanya kepada orang Yahudi;
20 tetapi sesetengah daripada mereka dari Siprus dan Kirene datang ke Antiokhia lalu menyampaikan berita baik tentang Junjungan Isa kepada orang bukan bani Israel.
21 Melalui kuasa Tuhan yang menyertai mereka, ramai orang percaya dan berpaling kepada-Nya.
22 Jemaah di Baitulmaqdis mendengar hal itu lalu menyuruh Barnabas pergi ke Antiokhia.
23 Setelah dia sampai dan melihat kasih kurnia Allah itu, dia amat sukacita dan menggalakkan mereka semua supaya meneguhkan azam untuk tetap setia kepada Tuhan.
24 Barnabas orang baik, penuh dengan Roh Suci dan iman. Semakin bertambahlah bilangan orang yang percaya akan Tuhan.
25 Kemudian Barnabas pergi ke Tarsus mencari Saul;
26 setelah menemuinya, dibawanya ke Antiokhia. Selama setahun kedua-duanya berserta dengan jemaah dan mengajar ramai orang. Di Antiokhialah para pengikut mula-mula disebut Masihi.
Kisah Para Rasul 11 in Kitab Suci Zabur dan Injil