Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 10:32-48 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 10:32-48 in Kitab Suci Zabur dan Injil

32 Suruhlah orang pergi ke Yope memanggil seorang bernama Simon bergelar Petrus. Dia menumpang di rumah Simon penyamak kulit, di tepi laut.”
33 Aku terus menyuruhkan orang mendapatkanmu; kamu sungguh baik hati datang ke mari. Sekarang kami semua hadir di sini di hadapan Allah untuk mendengar segala perkara yang diperintahkan Tuhan kepadamu untuk disampaikan kepada kami.’
34 Petrus pun berkata, ‘Sesungguhnya aku mengerti sekarang bahawa Allah tidak memilih kasih.
35 Sesiapa yang takut akan Allah dan mengerjakan yang benar, tidak kira apa bangsanya, dialah yang diredai-Nya.
36 Firman yang disampaikan Allah kepada bangsa Israel adalah firman yang mengkhabarkan kesejahteraan melalui Isa al-Masih, Junjungan semua manusia.
37 Saudara-saudara tahu akan apa yang berlaku di seluruh tanah Yudea mulai dari Galilea, selepas pengimadan yang dikhabarkan oleh Yahya.
38 Perkhabaran itu tentang Isa orang Nasaret, betapa Allah telah memilih-Nya sebagai al-Masih dan memberi-Nya Roh Suci serta kuasa. Dia telah pergi merata-rata membuat kebajikan dan menyembuhkan orang yang diseksa oleh Iblis, kerana Allah menyertai Isa.
39 ‘Kami ini menjadi saksi akan segala yang dilakukan-Nya di tanah orang Yahudi malah juga di Baitulmaqdis. Dia telah dibunuh dengan disalib;
40 tetapi Allah membangkitkan-Nya pada hari yang ketiga serta memperlihatkan Dia;
41 bukan kepada semua orang tetapi kepada kami yang telah dipilih oleh Allah sebagai saksi, kami yang semakan seminum dengan-Nya setelah Dia bangkit dari kalangan orang mati.
42 Dia memerintah kami mengkhabarkan kepada semua orang dan memberikan kesaksian bahawa Dialah yang dijadikan Allah hakim ke atas orang hidup dan orang mati.
43 Semua nabi bersaksi tentang-Nya bahawa setiap orang yang percaya kepada Isa akan diampunkan dosanya dengan nama-Nya.’
44 Ketika Petrus sedang bercakap, Roh Suci turun dan memenuhi semua yang mendengar perkhabaran itu.
45 Beberapa orang Yahudi yang percaya kepada Isa dan datang bersama Petrus dari Yope berasa hairan melihat Allah mencurahkan Roh Suci kepada orang bukan bani Israel juga.
46 Mereka mendengar orang itu bertutur dalam aneka bahasa memuji Allah. Kemudian Petrus berkata,
47 ‘Lihatlah, mereka telah menerima Roh Suci seperti kita. Dapatkah sesiapa menghalang mereka diimadkan dengan air?’
48 Petrus pun menyuruh mereka diimadkan dengan nama Isa al-Masih. Selepas itu mereka meminta Petrus tinggal dengan mereka beberapa hari.
Kisah Para Rasul 10 in Kitab Suci Zabur dan Injil