Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Kisah Para Rasul 10:17-31 in Malay (individual language)

Help us?

Kisah Para Rasul 10:17-31 in Kitab Suci Zabur dan Injil

17 Sedang Petrus bertanya-tanya apa agaknya erti penglihatan itu, orang yang disuruhkan oleh Kornelius itu telah bertanyakan rumah Simon.
18 Mereka berdiri di muka pintu sambil berseru bertanya sama ada Simon bergelar Petrus ada menumpang di situ.
19 Petrus masih lagi memikirkan penglihatannya itu. Roh Suci berkata kepadanya, ‘Ada tiga orang mencarimu.
20 Bangunlah, turun dan pergi bersama mereka tanpa ragu-ragu, kerana Aku yang menyuruh mereka datang.’
21 Petrus pun turun mendapatkan orang itu lalu berkata, ‘Aku inilah orang yang kamu cari itu; apa hajatmu datang ke mari?’
22 Mereka berkata, ‘Kornelius, seorang ketua tentera yang benar dan takut akan Allah serta disegani oleh seluruh bangsa Yahudi, telah menerima pesan Allah melalui malaikat yang suci bahawa dia hendaklah menjemput tuan datang ke rumahnya untuk mendengar apa yang akan tuan katakan.’
23 Petrus mengajak ketiga-tiga orang itu masuk dan menumpang bermalam di rumah itu. Esoknya dia bangun lalu pergi bersama mereka; beberapa orang saudara seiman di Yope turut serta.
24 Keesokan harinya mereka sampai di Kaisarea. Kornelius sedang menantikan kedatangan mereka, bersama semua kaum keluarga dan sahabat handai yang diajaknya berhimpun di situ.
25 Apabila Petrus masuk, Kornelius mendapatkannya lalu sujud menyembah di kakinya;
26 tetapi Petrus menariknya bangkit berdiri sambil berkata, ‘Bangkitlah; aku in pun seorang manusia juga.’
27 Sambil bercakap dengan Kornelius, Petrus masuk ke dalam rumah itu dan melihat betapa ramainya orang yang berhimpun di situ.
28 Petrus berkata kepada mereka, ‘Saudara-saudara sedia maklum bahawa orang Yahudi dilarang berhubung dengan orang bangsa lain atau mengunjungi mereka; tetapi Allah telah menyatakan kepadaku supaya jangan memandang sesiapapun sebagai haram atau najis.
29 Oleh itu apabila aku dipanggil, aku terus datang tanpa teragak-agak. Sekarang aku bertanya kepadamu, apakah sebabnya aku dipanggil datang ke sini?’
30 Kornelius berkata, ‘Empat hari lalu, kira-kira pukul tiga petang, aku sedang berdoa di rumah; tiba-tiba seorang berdiri di hadapanku, pakaiannya bersinar-sinar.
31 Dia berkata, “Hai Kornelius! Segala doa dan sedekahmu telah diredai Allah.
Kisah Para Rasul 10 in Kitab Suci Zabur dan Injil