Text copied!
Bibles in Malay (individual language)

Filipi 4:10-14 in Malay (individual language)

Help us?

Filipi 4:10-14 in Kitab Suci Zabur dan Injil

10 Tetapi aku amat bersukacita dalam Tuhan kerana akhirnya sekarang prihatinmu terhadapku telah semarak semula. Sebenarnya dahulu pun kamu sudah mengambil berat terhadapku, tetapi tidak ada kesempatan bagimu.
11 Aku tidak bercakap disebabkan kekurangan, kerana dalam keadaan apapun aku telah belajar merasa cukup.
12 Aku tahu bagaimana hidup miskin hina dan bagaimana hidup mewah mulia. Di mana-mana dan dalam apa sahaja, aku telah belajar merasa cukup, baik kenyang atau lapar, senang atau susah.
13 Aku dapat melakukan segalanya melalui al-Masih yang memberiku kekuatan.
14 Namun demikian kamu telah berbuat baik dengan mengambil bahagian dalam kesusahanku.
Filipi 4 in Kitab Suci Zabur dan Injil