Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 9

Yahya 9:24-32

Help us?
Click on verse(s) to share them!
24Mereka pun memanggil orang itu lagi dan berkata, ‘Akuilah kemuliaan Allah! Kamu tahu Dia itu orang berdosa.’
25Dia menjawab, ‘Sama ada Dia orang berdosa atau tidak, aku tidak tahu. Yang kutahu, dulu aku buta, sekarang aku dapat melihat.’
26Mereka bertanya lagi, ‘Apa yang dibuat-Nya kepadamu? Bagaimana Dia mencelikkan matamu?’
27Dia menjawab, ‘Aku telah pun memberitahumu, tetapi kamu tidak mendengar. Mengapakah kamu hendak mendengarnya lagi? Adakah kamu ingin menjadi pengikut-Nya juga?’
28Mereka mencacinya dan berkata, ‘Kamulah pengikut-Nya. Kami pengikut Musa.
29Kami tahu Allah berfirman kepada Musa. Orang itu, tiada siapa yang tahu dari mana Dia datang.’
30‘Hairan sekali,’ kata orang yang dahulunya buta itu. ‘Kamu tidak tahu dari mana Dia datang, tetapi Dia telah mencelikkan mataku!
31Kita tahu bahawa Allah tidak mendengar permintaan orang berdosa. Tetapi jika seseorang takut akan Allah dan melakukan kehendak-Nya, Allah akan mendengar permintaan-Nya.
32Sejak permulaan dunia, belum pernah kedengaran kisah orang yang dapat mencelikkan mata orang yang buta sejak lahir.

Read Yahya 9Yahya 9
Compare Yahya 9:24-32Yahya 9:24-32