Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 7

Yahya 7:39-52

Help us?
Click on verse(s) to share them!
39(Yang dimaksudkan oleh Isa ialah Roh Suci yang akan diterima kelak oleh orang yang percaya kepada-Nya. Pada masa itu Roh Suci belum dikurniakan, kerana Isa belum dimuliakan.)
40Sebilangan orang yang mendengar kata-kata Isa berkata, ‘Sudah tentu orang inilah Nabi itu!’
41Ada pula yang berkata, ‘Dialah al-Masih yang diutus oleh Allah.’ Sebaliknya, ada yang berkata, ‘Al-Masih yang diutus oleh Allah bukan dari Galilea.
42Menurut Kitab Suci, al-Masih yang diutus Allah itu keturunan Raja Daud dan akan dilahirkan di kota Baitlahim, tempat asal Raja Daud.’
43Demikianlah mereka berbalah lalu berpihak-pihak kerana Isa.
44Beberapa orang ingin menangkap-Nya, namun tiada siapapun menyentuh-Nya.
45Kemudian para pengawal rumah ibadat datang kepada para ketua imam dan orang Farisi. Lalu mereka bertanya kepada para pengawal rumah ibadat itu, ‘Mengapakah kamu tidak membawa Dia ke sini?’
46Para pengawal itu menjawab, ‘Belum pernah seseorang bercakap seperti-Nya!”
47Orang Farisi berkata, ‘Adakah kamu disesatkan juga?
48Adakah mana-mana pemerintah atau orang Farisi percaya kepada-Nya?
49Tetapi hanya orang ramai ini tidak mengenal hukum Taurat – terlaknatlah mereka ini!’
50Nikodemus, seorang Farisi yang pernah pergi menemui Isa, berkata,
51‘Bukankah mengikut hukum Taurat, kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa perbicaraan dan penyiasatan terlebih dahulu?’
52Mereka berkata, ‘Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah, dan kamu akan tahu tiada nabi yang datang dari Galilea.’

Read Yahya 7Yahya 7
Compare Yahya 7:39-52Yahya 7:39-52