Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 7

Yahya 7:3-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3Oleh itu, saudara-saudara Isa berkata kepada-Nya, ‘Beredarlah dari sini ke Yudea, supaya pengikut-pengikut-Mu dapat melihat perbuatan-Mu.
4Orang tidak menyembunyikan perbuatannya kalau ingin menjadi ternama. Kerana Kamu sudah melakukan perkara-perkara ini, biarlah diri-Mu dikenal orang di dunia.’
5(Saudara-saudara Isa sendiri tidak percaya kepada-Nya.)
6Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Saat-Ku belum sampai lagi. Saatmu bila-bila sahaja.
7Dunia ini tiada sebab untuk membencimu. Tetapi dunia membenci-Ku, kerana Aku memberikan kesaksian tentangnya bahawa kerjanya durjana.
8Pergilah menyambut perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum sampai sepenuhnya.’
9Setelah berkata demikian, Isa tetap tinggal di Galilea.
10Apabila saudara-saudara-Nya telah bertolak untuk menghadiri perayaan itu, Isa pun pergi juga secara diam-diam.
11Pada masa perayaan itu orang Yahudi mencari Isa. Mereka bertanya, ‘Di manakah Dia?’
12Orang ramai berbisik-bisik tentang-Nya. Ada yang berkata, ‘Dia seorang yang baik.’ Ada pula yang berkata, ‘Tidak! Dia membawa ajaran sesat!’
13Tetapi semuanya tidak berani bercakap secara terbuka tentang Isa, kerana takut akan orang Yahudi.
14Pada pertengahan masa perayaan itu, Isa masuk ke rumah ibadat lalu mengajar.
15Orang Yahudi tercengang mendengar kata-kata-Nya lalu berkata, ‘Bagaimanakah orang ini begitu berpengetahuan walaupun tidak dididik?’
16Lalu Isa menjawab, ‘Apa Kuajarkan bukanlah ajaran-Ku, tetapi ajaran Dia yang mengutus-Ku.
17Orang yang mahu melaksanakan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran ini datang daripada diri-Ku atau daripada Allah.
18Seseorang yang bercakap atas namanya sendiri mencari kemuliaan bagi dirinya. Sebaliknya, seseorang yang mencari kemuliaan bagi Dia yang mengutusnya, adalah jujur dan bersih daripada sebarang kepalsuan.
19Tidakkah Musa menyampaikan hukum Taurat kepadamu? Tetapi tidak seorang pun di antara kamu yang melaksanakan hukum Taurat itu. Mengapakah kamu hendak membunuh-Ku?’
20Orang ramai menjawab, ‘Kamu dirasuk roh iblis! Siapa pula yang hendak membunuh-Mu?’
21Isa berkata kepada mereka, ‘Aku melakukan satu mukjizat, lalu kamu semua berasa takjub.

Read Yahya 7Yahya 7
Compare Yahya 7:3-21Yahya 7:3-21