Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 5

Yahya 5:26-47

Help us?
Click on verse(s) to share them!
26Bapa sumber hidup, maka Dia menjadikan Putera-Nya juga sumber hidup.
27Bapa telah memberikan kuasa menghakimi kepada Putera-Nya, kerana Dia itu Putera Insan.
28‘Janganlah hairan mendengar hal ini kerana akan sampai saatnya bagi semua orang mati mendengar suara-Nya.
29Mereka akan terus bangkit dari kubur. Orang yang berbuat baik akan bangkit untuk mendapat hidup kekal dan orang yang berbuat jahat akan bangkit untuk dihukum.
30Aku tidak dapat melakukan sesuatu pun atas usaha-Ku sendiri. Aku menghakimi manusia menurut perintah Allah. Penghakiman-Ku adil, kerana Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri tetapi kehendak Dia yang mengutus-Ku.
31‘Jika Aku memberi kesaksian tentang diri-Ku sendiri, itu tidaklah wajar diterima sebagai bukti yang sah.
32Ada lain yang memberi kesaksian tentang diri-Ku, dan Aku tahu kesaksian yang disampaikan-Nya tentang-Ku itu benar.
33‘Kamu telah mengutus orang untuk berjumpa dengan Yahya, dan dia telah memberikan kesaksian yang benar.
34Sebenarnya Aku tidak memerlukan kesaksian manusia. Aku menyebutnya supaya kamu percaya dan dapat diselamatkan.
35Yahya ibarat pelita yang menyala dan bercahaya. Bagi seketika lamanya, kamu memilih untuk menikmati cahayanya.
36‘Tetapi kesaksian-Ku lebih besar daripada kesaksian Yahya. Aku melakukan apa yang ditugaskan oleh Bapa-Ku, dan hal ini membuktikan bahawa Bapa telah mengutus-Ku.
37Bapa yang mengutus-Ku dan memberikan kesakian tentang diri-Ku ini belum pernah kamu dengar suara-Nya atau lihat wajah-Nya.
38Firman Tuhan tidak menetap dalam dirimu kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus Bapa.
39‘Kamu mengkaji Kitab Suci dengan tekun kerana kamu percaya dalamnya kamu mendapat hidup kekal. Sebenarnya Kitab Suci memberikan kesaksian tentang diri-Ku.
40Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku untuk mendapatkan hidup kekal.
41‘Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42Aku mengenalmu. Aku tahu kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43Aku datang atas nama Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut-Ku. Namun, ketika orang lain datang atas namanya sendiri, kamu menyambutnya.
44Bagaimana kamu mungkin percaya kepada-Ku, sedangkan kamu mencari pujian sesama sendiri? Kamu tidak berusaha mendapatkan pujian daripada Allah Yang Esa.
45‘Jangan sangka Aku akan menuduhmu di hadapan Bapa. Musa yang kamu harapkan itulah yang akan menuduhmu.
46Sekiranya benar kamu percaya kepada Musa, tentulah kamu percaya kepada-Ku, kerana Musa telah menulis tentang diri-Ku.
47Kamu tidak percaya akan apa yang ditulis oleh Musa, maka bagaimana kamu mungkin percaya akan apa yang Kukatakan?’

Read Yahya 5Yahya 5
Compare Yahya 5:26-47Yahya 5:26-47