Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 5

Yahya 5:15-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
15Orang itu kemudiannya memberitahu orang Yahudi bahawa Isalah yang telah menyembuhkannya.
16Dengan demikian, mereka mula memusuhi Isa kerana menyembuhkan orang pada hari Sabat.
17Namun, Isa berkata kepada mereka, ‘Bapa-Ku masih bekerja hingga sekarang, maka begitulah juga Aku.’
18Kata-kata-Nya ini mengukuhkan lagi niat orang Yahudi hendak membunuh-Nya. Bukan sahaja Dia melanggar hukum hari Sabat, malah juga mengatakan Allah itu Bapa-Nya, iaitu menyamakan diri-Nya dengan Allah.
19Isa menjawab kata-kata mereka, ‘Sesungguhnya, aku berkata kepadamu, Putera tidak dapat melakukan sesuatu oleh diri-Nya sendiri. Dia hanya melakukan apa yang dilihat-Nya dilakukan oleh Bapa-Nya. Apa yang dilakukan oleh Bapa, itulah yang dilakukan oleh Putera,
20kerana Bapa kasih akan Putera dan menunjukkan segala yang dilakukan-Nya kepada Putera-Nya. Bapa akan menyatakan hal-hal yang lebih besar lagi kepada Putera, sehingga kamu semua menjadi hairan.
21Bapa membangkitkan manusia daripada kematian dan memberi hidup, maka demikian jugalah Putera-Nya memberi hidup kepada mereka yang dikehendaki-Nya.

Read Yahya 5Yahya 5
Compare Yahya 5:15-21Yahya 5:15-21