Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 4

Yahya 4:7-22

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Berilah Aku minum.’
8Pengikut-pengikut Isa telah pergi ke bandar untuk membeli makanan.
9Perempuan Samaria itu menjawab, ‘Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?’ (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)
10Isa menjawab, ‘Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, “Berilah Aku minum,” tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.’
11Perempuan itu berkata, ‘Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin Tuan mendapatkan air hidup itu?
12Adakah Tuan lebih besar daripada moyang kami, Yakub, yang mewariskan perigi ini kepada kami? Dia, anak-anaknya dan binatang ternakannya minum air dari perigi ini.’
13Isa berkata, ‘Sesiapa yang minum air dari perigi ini akan dahaga semula;
14tetapi sesiapa minum air yang Kuberikan kepadanya nanti tidak akan dahaga lagi selama-lamanya. Air yang akan Kuberikan itu akan menjadi mata air di dalam dirinya dan memberinya hidup yang kekal.’
15Perempuan itu berkata, ‘Tuan, berikanlah air itu kepadaku, supaya aku tidak dahaga lagi dan tidak perlu lagi datang ke perigi ini mengambil air.’
16Isa menjawab, ‘Pergilah dulu, bawa suamimu ke mari.’
17Perempuan itu berkata, ‘Aku tidak ada suami.’ Isa pun berkata, ‘Memang benar engkau tidak ada suami sekarang.
18Kamu telah berkahwin lima kali. Lelaki yang tinggal denganmu sekarang bukan suamimu. Benarlah katamu itu.’
19Perempuan itu berkata, ‘Tahulah aku sekarang, Tuan ini seorang nabi.
20Nenek moyang kami menyembah Allah di gunung ini, tetapi bangsa tuan berkata tempat orang menyembah Allah hanya di Baitulmaqdis.’
21Isa berkata, ‘Hai perempuan, percayalah, akan sampai saatnya kamu menyembah Bapa bukan lagi di gunung ini atau di Baitulmaqdis.
22Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal; sebaliknya, kami menyembah apa yang kami kenal kerana penyelamatan datang daripada orang Yahudi.

Read Yahya 4Yahya 4
Compare Yahya 4:7-22Yahya 4:7-22