Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 4

Yahya 4:1-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
1Ketika Isa mengetahui orang Farisi telah mendengar berita bahawa Dia mendapat dan mengimadkan lebih ramai pengikut berbanding Yahya,
2(sebenarnya para pengikut Isa yang mengimadkan, bukan Isa),
3Dia pun meninggalkan Yudea lalu pulang ke Galilea semula.
4Dalam perjalanan-Nya itu, Isa semestinya melalui Samaria.
5Di Samaria, Isa sampai di bandar Sikhar, berdekatan dengan sebidang tanah yang dahulu diberikan oleh Yakub kepada anaknya Yusuf.
6Di situ ada sebuah perigi Yakub. Oleh sebab berasa letih setelah berjalan jauh, Isa duduk berehat di tepi perigi itu. Waktu itu kira-kira jam yang keenam.
7Kemudian datanglah seorang perempuan Samaria untuk menimba air. Lalu Isa berkata kepadanya, ‘Berilah Aku minum.’
8Pengikut-pengikut Isa telah pergi ke bandar untuk membeli makanan.
9Perempuan Samaria itu menjawab, ‘Bagaimana Tuan seorang Yahudi meminta minum daripadaku, seorang perempuan Samaria?’ (Orang Yahudi tidak berurusan dengan orang Samaria.)
10Isa menjawab, ‘Kalaulah kamu mengetahui pemberian Allah, dan siapakah Dia yang berkata kepadamu, “Berilah Aku minum,” tentulah kamu pula akan meminta daripada-Nya dan Dia akan mengurniaimu air hidup.’
11Perempuan itu berkata, ‘Tuan tidak ada timba. Perigi ini sangat dalam. Bagaimana mungkin Tuan mendapatkan air hidup itu?
12Adakah Tuan lebih besar daripada moyang kami, Yakub, yang mewariskan perigi ini kepada kami? Dia, anak-anaknya dan binatang ternakannya minum air dari perigi ini.’

Read Yahya 4Yahya 4
Compare Yahya 4:1-12Yahya 4:1-12