Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 2

Yahya 2:2-18

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2Isa dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis itu.
3Apabila air anggur yang ada habis diminum, ibu Isa berkata kepada-Nya, ‘Mereka kehabisan air anggur.’
4Isa menjawab, ‘Puan, usahlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.’
5Namun, ibu Isa berkata kepada pelayan-pelayan di majlis itu, ‘Buatlah apa saja yang disuruh-Nya.’
6Di situ ada enam buah tempayan yang digunakan untuk istiadat penyucian orang Yahudi. Tiap-tiap tempayan dapat memuat kira-kira seratus liter air.
7Isa berkata kepada pelayan-pelayan, ‘Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.’ Mereka pun mengisi penuh keenam-enam tempayan itu.
8Setelah itu Isa berkata pula, ‘Sekarang ambillah sedikit air itu, bawakan kepada ketua majlis.’ Mereka pun menghidangkan air itu kepada ketua majlis.
9Setelah ketua majlis merasa air yang telah menjadi air anggur itu, dia pun memanggil pengantin lelaki. Dia tidak tahu dari mana datangnya air anggur itu, tetapi para pelayan yang mengambil dan membawa air itu mengetahuinya.
10Dia berkata kepada pengantin lelaki, ‘Selalunya orang menghidangkan air anggur yang terbaik di awal majlis. Setelah tetamu banyak minum, dihidangkan pula air anggur yang biasa saja. Tetapi kamu menyimpan dulu air anggur yang terbaik, sekarang baru dihidangkan!’
11Itulah mukjizat Isa yang pertama, dilakukan di Kana, Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya, maka para pengikut-Nya percaya kepada-Nya.
12Setelah itu Isa bersama ibu-Nya, saudara-saudara-Nya dan pengikut-pengikut-Nya pergi ke Kapernaum lalu tinggal di situ beberapa hari.
13Ketika perayaan Paska orang Yahudi hampir tiba, Isa pergi ke Baitulmaqdis.
14Di dalam rumah ibadat Dia mendapati orang berjual-beli lembu, domba dan burung merpati, serta pengurup-pengurup wang duduk di situ.
15Isa membuat cemeti daripada tali lalu mengusir kesemua orang, domba dan lembu dari rumah ibadat. Dia juga menghamburkan wang para pengurup wang itu dan menterbalikkan meja mereka.
16Dia berkata kepada penjual burung merpati, ‘Bawa keluar semuanya. Jangan jadikan Rumah Bapa-Ku tempat berniaga!’
17Para pengikut-Nya teringat bahawa telah tersurat: ‘Kasih-Ku terhadap Rumah-Mu membakar hati-Ku!’
18Orang Yahudi menyoal Isa, ‘Apakah mukjizat yang dapat Kamu lakukan sebagai bukti bahawa Kamu berhak bertindak begini?’

Read Yahya 2Yahya 2
Compare Yahya 2:2-18Yahya 2:2-18