Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Yahya - Yahya 20

Yahya 20:7-17

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Dia juga melihat kain yang diikatkan pada kepala Isa, terlipat berasingan.
8Kemudian, pengikut lain yang sampai dahulu itu pun masuk. Dia melihat segala-galanya lalu percaya.
9Setakat itu mereka belum memahami apa yang tersurat di dalam Kitab Suci, iaitu Dia harus bangkit daripada kematian.
10Selepas itu, pengikut-pengikut Isa itu pun pulang ke rumah mereka.
11Tetapi Maryam berdiri di hadapan makam itu sambil menangis. Kemudian sambil menangis dia menjenguk ke dalam.
12Dia melihat dua malaikat berpakaian putih duduk di tempat jenazah Isa dibaringkan dahulu, satu malaikat di sebelah kepala dan satu di sebelah kaki.
13Malaikat-malaikat itu bertanya kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis?’ Maryam menyahut, ‘Jenazah Junjunganku telah diambil, entah ke mana dialihkan!’
14Kemudian Maryam menoleh lalu melihat Isa berdiri di situ, tetapi Maryam tidak mengenal-Nya.
15Isa berkata kepada Maryam, ‘Puan, mengapa menangis? Siapakah yang kamu cari?’ Pada sangkaan Maryam, Dia tukang kebun di taman itu. Dengan demikian Maryam berkata, ‘Tuan, jika kamu telah mengalihkan jenazah Isa, beritahulah aku di mana kamu letakkan-Nya, supaya dapat kuambil jenazah-Nya.’
16Isa berkata kepadanya, ‘Maryam!’ Maryam berpaling kepada Isa lalu berseru dalam bahasa Ibrani, ‘Rabboni!’ (ertinya ‘Guru’).
17Isa berkata kepadanya, ‘Jangan berpaut pada-Ku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku, katakan kepada mereka bahawa sekarang Aku akan kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah Tuhan-Ku dan Allah Tuhanmu.’

Read Yahya 20Yahya 20
Compare Yahya 20:7-17Yahya 20:7-17