Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 7

Rom 7:9-15

Help us?
Click on verse(s) to share them!
9Satu masa dahulu, aku hidup tanpa hukum; tetapi apabila datang perintah itu, hiduplah dosa dan matilah aku.
10Aku mendapati bahawa perintah yang dimaksudkan membawa kehidupan itu telah membawa kematian.
11Kerana dosa telah merebut peluang yang diberikan oleh perintah itu lalu memperdayaku, dan melalui perintah itu telah menjerumuskanku ke dalam kematian.
12Jadi, hukum itu suci, dan perintah itu suci, benar serta baik.
13Maka adakah sesuatu yang baik itu menjadi kematian kepadaku? Sama sekali tidak! Tetapi, supaya dosa dikenal sebagai dosa, dosa telah menimbulkan kematian dalam diriku melalui sesuatu yang baik; dengan demikian, melalui perintah itu, dosa dapat menjadi dosa sepenuhnya.
14Kita tahu bahawa hukum bersifat rohani; tetapi aku tidak bersifat rohani, aku telah dijual sebagai hamba kepada dosa.
15Aku tidak mengerti apa yang kulakukan. Apa yang kuhendaki, tidak kulakukan, sebaliknya aku melakukan apa yang kubenci.

Read Rom 7Rom 7
Compare Rom 7:9-15Rom 7:9-15