Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 5

Rom 5:3-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3Bukan itu sahaja, tetapi kita juga bersukacita dengan penderitaan kita, kerana kita tahu bahawa penderitaan membina ketabahan.
4Ketabahan membina budi pekerti; dan budi pekerti membina harapan.
5Dan harapan tidak mengecewakan kita, kerana Allah telah mencurahkan kasih-Nya ke dalam hati kita melalui Roh Suci, yang telah dikurniakan-Nya kepada kita.
6Lihatlah, tepat pada masanya, ketika kita masih tidak berdaya, al-Masih telah mati untuk orang yang fasiq.
7Jarang sekali seseorang mahu mati untuk orang yang benar, meski untuk orang yang baik mungkin ada yang sanggup mati.
8Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, al-Masih telah mati untuk kita.
9Oleh sebab sekarang kita telah diperbenar dengan darah-Nya, lebih-lebih lagilah kita akan diselamatkan daripada kemurkaan Allah melalui-Nya.
10Kerana jika semasa kita seteru Tuhan kita telah didamaikan dengan-Nya melalui kematian Putera-Nya, lebih-lebih lagilah, setelah didamaikan, kita akan diselamatkan melalui kehidupan-Nya!
11Bukan ini sahaja, tetapi kita juga bersukacita dalam Allah melalui Junjungan kita Isa al-Masih yang melalui-Nya kita telah menerima pendamaian.
12Oleh itu, sebagaimana dosa memasuki dunia ini melalui seorang manusia, dan dengan demikian kematian menimpa semua manusia, kerana semuanya berdosa.

Read Rom 5Rom 5
Compare Rom 5:3-12Rom 5:3-12