Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 2

Rom 2:20-25

Help us?
Click on verse(s) to share them!
20yang mengajar orang bodoh, yang mengasuh anak kecil, kerana kamu mempunyai garis-garis ilmu dan kebenaran dalam hukum Taurat.
21Dengan demikian, kamu yang mengajar orang lain, tidakkah kamu mengajar diri sendiri? Kamu yang berkhutbah melarang orang mencuri, adakah kamu sendiri mencuri?
22Kamu yang berkata, ‘Jangan berzina,’ adakah kamu melakukan zina? Kamu yang membenci berhala, adakah kamu merompak tempat ibadat?
23Kamu yang berbangga dengan hukum Taurat, adakah kamu menghina Allah dengan melanggar hukum itu?
24‘Nama Allah dikufuri di kalangan orang bukan bani Israel akibat perbuatanmu’ – demikianlah yang telah tersurat.
25Persunatan memang bermanfaat jika kamu taat akan hukum Taurat; tetapi sekiranya kamu melanggar hukum Taurat, batallah persunatan itu.

Read Rom 2Rom 2
Compare Rom 2:20-25Rom 2:20-25