Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 1

Rom 1:3-12

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3iaitu tentang Putera-Nya. Sebagai manusia Dia telah dilahirkan dari keturunan Daud,
4namun dengan Roh Suci, Dia telah diisytiharkan melalui kuasa yang besar sebagai Putera Allah, iaitu dengan kebangkitan-Nya daripada kematian. Dialah Isa al-Masih, Junjungan kita.
5Melalui Isa al-Masih dan demi nama-Nya, kami diberi kasih kurnia dan jawatan rasul untuk menyeru manusia dari segala suku bangsa supaya taat dalam iman kepada-Nya.
6Kamu juga termasuk dalam golongan itu, kerana Allah telah memanggilmu menjadi umat Isa al-Masih.
7Aku menulis kepada kamu sekalian di Rom, yang dikasihi oleh Allah dan dipanggil menjadi orang salih. Semoga Allah Bapa kita dan Junjungan Isa al-Masih memberimu kasih kurnia dan kesejahteraan.
8Pertama sekali, aku bersyukur kepada Allah Tuhanku melalui Isa al-Masih kerana kamu sekalian, disebabkan seluruh dunia memperkatakan imanmu.
9Allah, yang kusembah sepenuh hati dalam menyebarkan Injil Putera-Nya, menjadi saksiku bahawa aku sentiasa mengingatimu
10dalam doaku, dan memohon semoga dengan izin Allah aku dapat mengunjungimu.
11Aku sungguh ingin berjumpa dengan kamu untuk menyampaikan sesuatu pemberian rohani bagi menguatkanmu;
12maksudku, supaya kita saling meneguhkan semangat: aku mendapat keteguhan daripada imanmu, dan kamu daripada imanku.

Read Rom 1Rom 1
Compare Rom 1:3-12Rom 1:3-12