Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 16

Rom 16:7-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Salam kepada Andronikus dan Yunias, saudara-saudara sebangsaku dan teman-temanku dalam penjara. Mereka adalah orang terkemuka di antara para rasul, dan yang telah menerima al-Masih sebelumku.
8Salam kepada Ampliatus yang kukasihi dalam Tuhan.
9Salam kepada Urbanus, rakan seperjuangan kamu dalam al-Masih, dan juga kepada Stakhis yang kukasihi.
10Salam kepada Apeles, yang terbukti setia dalam al-Masih. Salam kepada Aristobulus dan seisi rumahnya.
11Salam kepada Herodion, saudara sebangsaku. Salam kepada Narkisus sekeluarga, yang hidup dalam Tuhan.
12Sampaikan salamku kepada Trifena dan Trifosa, yang telah berpenat-lelah dalam Tuhan. Salam kepada Persis yang kukasihi, yang juga telah bertungkus-lumus dalam Tuhan.
13Salam kepada Rufus, hamba yang terpilih dalam Tuhan, dan kepada ibunya, yang telah menjadi ibu juga kepadaku.
14Salam kepada Asinkritus, Flegon, Hermes, Patrobas, Hermas dan saudara-saudara yang bersama mereka.
15Salam kepada Filologus dan Yulia, Nereus dan saudara perempuannya Olimpas, serta semua orang salih yang bersama mereka.
16Bersalam-salamanlah dengan ciuman suci. Jemaah-jemaah al-Masih berkirim salam kepadamu.
17Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, berwaspadalah terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan menyesatkan orang daripada ajaran yang telah kamu terima. Berpalinglah daripada mereka.
18Orang demikian bukanlah hamba Junjungan al-Masih tetapi hamba kepada hawa nafsu mereka sendiri. Mereka memperdaya orang yang lurus dengan kata-kata yang manis.
19Semua orang telah mengetahui ketaatanmu. Oleh itu aku bergembira tentangmu. Aku mahu kamu bijak dalam kebaikan serta bersih daripada kejahatan.
20Allah, sumber kesejahteraan, akan segera membuat Iblis hancur di bawah kakimu. Semoga kasih kurnia Junjungan kita Isa al-Masih menyertai kamu semua.
21Timotius, rakan seperjuanganku, berkirim salam kepadamu; begitu juga Lukius, Yason dan Sosipater, kawan-kawan sebangsaku.

Read Rom 16Rom 16
Compare Rom 16:7-21Rom 16:7-21