Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Rom - Rom 11

Rom 11:12-21

Help us?
Click on verse(s) to share them!
12Tetapi jika pelanggaran Israel bermakna kekayaan bagi dunia, dan kerugian mereka bermakna kekayaan bagi orang bukan bani Israel, betapa bergandanya lagi kekayaan yang akan dibawa oleh ketaatan mereka!
13Sekarang aku berkata kepadamu, wahai bangsa asing: Oleh sebab aku ini rasul kepada orang bukan bani Israel, aku membesarkan pelayananku
14dengan harapan dapat menimbulkan iri hati bangsaku sendiri dan menyelamatkan sesetengah mereka.
15Jika penyingkiran mereka mendatangkan perdamaian bagi seisi dunia, lebih-lebih lagilah kalau mereka diterima semula oleh Allah! Bukankah hal ini seperti hidup kembali selepas mati?
16Sekiranya gumpalan pertama suci, maka sucilah seluruh adunan. Jika suci akar pohon, maka demikian jugalah cabang-cabangnya.
17Andainya beberapa cabang itu dipatahkan dan kamu, walaupun pucuk zaitun liar, dicantumkan lalu berkongsi akar dengan pohon zaitun yang subur itu,
18janganlah bercakap besar kepada cabang-cabang lain. Kalau kamu bermegah juga, ingatlah bahawa bukan kamu yang menyokong akar tetapi akar yang menyokong kamu.
19Ketika itu kamu akan berkata: ‘Cabang-cabang itu dipatahkan supaya aku dapat dicantumkan.’
20Memang benar. Oleh sebab tidak beriman, cabang-cabang itu dipatahkan, dan kamu dapat berada di situ kerana iman! Janganlah angkuh; sebaliknya takutlah.
21Kerana jika Allah tidak mengampuni cabang-cabang tabii itu, Dia tidak akan mengampunimu juga.

Read Rom 11Rom 11
Compare Rom 11:12-21Rom 11:12-21