Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 2

Kisah Para Rasul 2:33-44

Help us?
Click on verse(s) to share them!
33Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa dia telah menerima Roh Suci yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang.
34Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, ‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,
35sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
36‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yang kamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’
37Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, ‘Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?’
38Petrus pun berkata kepada mereka, ‘Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu diimadkan atas nama Isa al-Masih supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Suci daripada Allah;
39kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Allah Tuhan kita.’
40Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, ‘Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.’
41Kemudian semua orang yang menerima kata-katanya dengan rela hati diimadkan; pada hari itu bilangan mereka bertambah kira-kira tiga ribu orang.
42Mereka berpegang teguh kepada pengajaran para rasul, dan kepada perpaduan, pembahagian roti dan doa.
43Rasa takut memenuhi setiap hati dan banyak keajaiban serta alamat dilakukan melalui para rasul itu.
44Ketika itu semua yang beriman tetap bersatu dan berkongsi segala yang ada pada mereka,

Read Kisah Para Rasul 2Kisah Para Rasul 2
Compare Kisah Para Rasul 2:33-44Kisah Para Rasul 2:33-44