Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 2

Kisah Para Rasul 2:3-24

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3Kemudian kelihatan lidah-lidah yang berbelah-belah, seperti api rupanya, dan setiap satu hinggap di atas setiap orang daripada mereka.
4Mereka semuanya dipenuhi Roh Suci lalu mulai bertutur dalam pelbagai bahasa asing, seperti yang diberi oleh Roh itu.
5Pada waktu itu terdapat orang Yahudi yang salih daripada segala bangsa di dunia tinggal di Baitulmaqdis.
6Apabila mendengar bunyi itu, mereka datang beramai-ramai lalu tercengang kerana masing-masing mendengar orang bertutur dalam bahasanya.
7Mereka hairan dan takjub lalu berkata sesama sendiri, ‘Bukankah semuanya yang berkata-kata ini orang Galilea?
8Bagaimanakah mungkin masing-masing kita mendengar bahasa ibunda sendiri?
9Orang Partia, Media, dan Elam, orang yang tinggal di Mesopotamia, Yudea dan Kapadokia, Pontus dan Asia Kecil.
10Frigia dan Pamfilia, Mesir dan kawasan-kawasan Libya yang bersempadan dengan Kirene, pengunjung dari Rom,
11baik berbangsa Yahudi mahupun mualaf, orang Kreta dan orang Arab, kita mendengar mereka bercakap dalam bahasa kita masing-masing tentang perbuatan Allah yang menakjubkan.’
12Oleh itu mereka hairan dan bingung lalu bertanya sesama sendiri, ‘Apakah ertinya semua ini?’
13Ada pula yang mengejek, ‘Semua orang ini mabuk air anggur manis.’
14Petrus berdiri bersama sebelas rasul lagi lalu berkata dengan suara yang lantang, ‘Saudara-saudara orang Yahudi dan semua penduduk di Baitulmaqdis, ketahuilah hal ini serta dengarlah baik-baik kata-kataku.
15Mereka ini bukanlah mabuk seperti saudara-saudara sangka, kerana hari baru pukul sembilan pagi sekarang.
16Tetapi inilah yang dikatakan oleh Nabi Yoel:
17‘ “Bahawa akan berlaku pada akhir zaman, firman Allah, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua manusia. Anakmu lelaki perempuan akan bernubuat, Orang mudamu akan melihat penglihatan, Orang tuamu akan bermimpi.
18Dan ke atas hamba-Ku lelaki perempuan, Aku akan mencurahkan Roh-Ku ketika itu, lalu mereka bernubuat.
19Aku akan menunjukkan keajaiban di langit dan alamat di bumi, darah dan api serta kepulan-kepulan asap.
20Matahari akan menjadi gelap, dan bulan menjadi seperti darah, sebelum tiba hari Tuhan yang besar dan syahdu.
21Dan berlakulah kelak, bahawa sesiapa yang menyeru nama Tuhan akan diselamatkan.”
22‘Saudara-saudara orang Israel, dengarlah kata-kata ini: Isa orang Nasaret itu seorang Manusia yang dipersaksikan oleh Allah kepadamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan Allah melalui-Nya di kalangan kamu. Kamu sendiri tahu tentang hal itu.
23Dia, yang diserahkan kepadamu seperti yang telah dirancangkan dan ditentukan oleh Allah, telah kamu salib dan bunuh dengan bantuan orang durjana.
24Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya.

Read Kisah Para Rasul 2Kisah Para Rasul 2
Compare Kisah Para Rasul 2:3-24Kisah Para Rasul 2:3-24