Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 2

Kisah Para Rasul 2:24-39

Help us?
Click on verse(s) to share them!
24Allah telah membangkitkan-Nya, setelah membebaskan-Nya daripada kesengsaraan maut, kerana tidak mungkin maut dapat menahan-Nya.
25Kerana Daud telah berkata tentang-Nya: ‘ “Bahawa aku telah melihat Tuhan sentiasa di hadapanku. Dia ada di sisi kananku, aku tidak akan goyah.
26Maka hatiku bersukacita, dan lidahku bergembira; dan jasadku juga akan bersandar pada harapan.
27Kerana Kau tidak akan meninggalkan rohku di alam maut, serta Kau tidak akan membiarkan jasad Orang Suci-Mu reput.
28Kau telah memberitahuku jalan hidup, dan Engkau akan memenuhiku dengan kebahagiaan di hadirat-Mu.”
29‘Saudara-saudaraku, aku akan bercakap terus terang kepadamu tentang moyang kita Daud, bahawa dia telah wafat dan dimakamkan, dan makamnya ada di tanah kita sampai hari ini.
30Oleh sebab dia seorang nabi dan sedar bahawa Allah telah berjanji kepadanya dengan bersumpah bahawa Dia akan mengangkat daripada benih keturunan jasadnya dan mendudukkannya di atas takhta kerajaan-Nya.
31Dia telah melihat terdahulu hal ini, maka dia bercakap tentang kebangkitan al-Masih, bahawa roh-Nya tidak akan ditinggalkan di alam maut, dan jasad-Nya tidak akan reput.
32Allah telah membangkitkan Isa ini dan kami semua menyaksikannya.
33Dia telah dinaikkan ke syurga ke sebelah kanan Allah, dan daripada Allah Bapa dia telah menerima Roh Suci yang telah dijanjikan-Nya. Lalu Dia mencurahkan Roh itu seperti yang kamu lihat dan dengar sekarang.
34Daud tidak naik ke syurga, tetapi dia sendiri berkata demikian, ‘ “Tuhan berfirman kepada Junjunganku: ‘Duduklah di sebelah kanan-Ku,
35sehingga Kujadikan musuh-musuh-Mu alas kaki-Mu.’”
36‘Oleh itu, hendaklah seluruh orang Israel tahu dengan pastinya, bahawa Allah telah menjadikan Isa, yang kamu salib itu, Junjungan dan al-Masih.’
37Apabila mereka mendengar ini, hati mereka pun berasa tertusuk, lalu mereka berkata kepada Petrus dan para rasul yang lain, ‘Saudara-saudara, apakah yang patut kami perbuat?’
38Petrus pun berkata kepada mereka, ‘Bertaubatlah, dan hendaklah setiap orang daripada kamu diimadkan atas nama Isa al-Masih supaya dosa-dosamu diampunkan; dan kamu akan menerima pemberian Roh Suci daripada Allah;
39kerana janji itu telah dibuat kepada kamu dan anak-anakmu, dan kepada semua yang jauh-jauh, seberapa ramai yang akan dipanggil oleh Allah Tuhan kita.’

Read Kisah Para Rasul 2Kisah Para Rasul 2
Compare Kisah Para Rasul 2:24-39Kisah Para Rasul 2:24-39