Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 27

Kisah Para Rasul 27:8-22

Help us?
Click on verse(s) to share them!
8Dengan susah payah juga kami menyusur pulau itu, lalu sampai ke tempat yang bernama Lindungan Indah, berdekatan Lasea.
9Beberapa hari kemudian, keadaan kian berbahaya untuk meneruskan pelayaran. Hari Raya Puasa orang Yahudi pun sudah berlalu. Paulus mengingatkan ketua tentera itu,
10‘Saudara-saudara, pada pandanganku, jika kita belayar, banyak bencana dan kerugian akan menimpa, bukan sahaja kapal ini dan muatannya malah nyawa kita juga.’
11Tetapi ketua tentera itu lebih mempercayai kata kapten dan tuan punya kapal itu daripada kata Paulus.
12Pelabuhan itu memang tidak selesa untuk tinggal sepanjang musim dingin. Oleh itu kebanyakan mereka hendak meneruskan pelayaran dengan harapan akan sampai ke Feniks lalu tinggal di situ, di pelabuhan di pulau Kreta yang menghadap barat daya dan barat laut.
13Apabila bertiup angin selatan sepoi-sepoi bahasa, sangka mereka telah tercapailah hasrat mereka. Mereka pun membongkar sauh lalu menyusur pulau Kreta.
14Tidak berapa lama kemudian, angin ribut yang bergelar Timur Laut membadai dari arah pulau itu.
15Kapal kami dipukul ribut dan tidak terdaya belayar melawan arah angin. Kami pun membiarkannya berhanyut,
16sampai ke selatan sebuah pulau kecil bernama Kauda. Dengan susah payah kami menyelamatkan sekoci kapal itu.
17Setelah dinaikkan sekoci itu ke kapal, diusahakan memperkukuh kapal itu dengan ikatan tali. Oleh sebab takut terdampar ke tebing Sirtis, layar diturunkan dan kapal itu dibiarkan mengikut angin.
18Kami begitu teruk dipukul ribut sehingga esoknya muatan kapal mula dibuang ke laut;
19dan lusanya sebahagian alat kapal itu pula dibuangkan.
20Beberapa hari kami tidak melihat matahari dan bintang serta dipukul ribut yang dahsyat; akhirnya putuslah harapan kami diselamatkan.
21Sekian lama orang di dalam kapal itu tidak makan, lalu Paulus berdiri dan berkata, ‘Saudara-saudara, sepatutnya dulu saudara-saudara menurut kataku, jangan belayar meninggalkan Kreta, nanti ditimpa bencana dan kerugian demikian.
22Sekarang aku berkata kepada saudara-saudara, tetapkan hati masing-masing, kerana seorang pun tidak akan kehilangan hidup, hanya kapal ini tidak dapat diselamatkan.

Read Kisah Para Rasul 27Kisah Para Rasul 27
Compare Kisah Para Rasul 27:8-22Kisah Para Rasul 27:8-22