Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 26

Kisah Para Rasul 26:7-30

Help us?
Click on verse(s) to share them!
7Dua belas suku bangsa kami tekun menyembah Allah siang malam dan berharap akan janji itu juga. Oleh sebab harapan inilah, aku dituduh oleh orang Yahudi.
8Jika benar Allah membangkitkan orang daripada kematian, mengapakah pada hematmu hal itu tidak dapat dipercayai orang?
9‘Satu masa dulu, pada perasaan hatiku, wajar sekali aku mengambil pelbagai tindakan terhadap pengikut Isa orang Nasaret itu;
10dan aku sudahpun berbuat demikian di Baitulmaqdis. Setelah mendapatkan kuasa daripada ketua-ketua imam, aku telah memenjarakan ramai orang yang salih; dan apabila mereka dibunuh, aku menyetujui pembunuhan itu.
11Kerapkali di saumaah-saumaah aku menyeksa mereka dalam usaha memaksa mereka berpaling daripada Isa; dan oleh sebab terlalu berang terhadap mereka, aku memburu mereka hingga ke negeri asing.
12‘Pada suatu hari sedang aku dalam perjalanan ke Damsyik, dengan membawa surat kuasa daripada ketua-ketua imam,
13pada waktu tengah hari, aku melihat di tengah jalan suatu cahaya datang dari langit, lebih terang daripada sinar matahari, bersinar mengelilingiku dan semua orang yang berjalan bersamaku.
14Aku rebah ke bumi, lalu aku mendengar suatu suara berkata dalam bahasa Ibrani kepadaku, “Saul, Saul, mengapakah engkau menganiaya Aku? Sukarlah bagimu, seperti menendang sesuatu yang tajam.”
15‘Aku bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?” ‘Dia menjawab, “Akulah Isa yang kauaniayakan.
16Tetapi bangunlah, berdirilah. Aku menampakkan diri kepadamu untuk memberitahumu bahawa engkau akan membuat kerja-Ku, dan bersaksi tentang engkau melihat-Ku ini, dan tentang apa yang akan Kutunjukkan lagi kepadamu.
17Aku akan menyelamatkanmu daripada orang Yahudi dan bangsa lain juga. Aku akan mengutusmu kepada mereka,
18untuk mencelikkan mata mereka dan membawa mereka daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kuasa Iblis kepada kuasa Allah. Dengan demikian dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan menjadi umat yang dipilih oleh Allah kerana mereka percaya akan Aku.”
19‘Oleh itu, Tuanku Raja Agripa, aku dengan sepenuh rela menurut perintah dari penglihatan yang datang dari syurga itu.
20Aku telah menyampaikan kepada semua orang Damsyik, Baitulmaqdis dan seluruh tanah Yudea, juga kepada orang bangsa asing, bahawa mereka hendaklah bertaubat dan berpaling kepada Allah serta berkelakuan selaras dengan pertaubatan itu.
21Itulah sebabnya orang Yahudi menangkapku di dalam rumah ibadat, serta mencari jalan hendak membunuhku.
22Tetapi hingga saat ini Allah telah menolongku dan aku berdiri di sini sambil bersaksi kepada orang besar dan orang biasa, dengan mengatakan perkara yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi dan oleh Musa:
23iaitu al-Masih pasti mengalami kematian dan menjadi orang yang pertama bangkit daripada kematian. Dengan demikian Dia mengisytiharkan penyelamatan kepada orang Yahudi dan bangsa lain, penyelamatan yang seperti cahaya bagi semua.’
24Sedang Paulus menegakkan pembelaannya demikian, Festus berkata dengan suara nyaring, ‘Kamu gila, Paulus; ilmu yang terlalu banyak menjadikan kamu gila.’
25Paulus menjawab, ‘Aku bukannya gila, Festus yang mulia. Aku mengatakan perkara yang benar dan bijaksana.
26Tuanku Raja Agripa, aku berani berkata-kata di hadapanmu dengan bebas kerana aku tahu di dalam hati bahawa kamu faham akan perkara-perkara ini, memandangkan segalanya tidaklah berlaku di tempat yang tersembunyi.
27Tuanku Raja Agripa, percayakah kamu akan kata nabi-nabi itu? Aku tahu bahawa kamu percaya.’
28Agripa berkata kepada Paulus, ‘Dengan sepatah dua katamu, kausangka dapat menjadikanku orang Masihi?’
29Paulus menjawab, ‘Sepatah dua atau banyak, aku berdoa kepada Allah, mudah-mudahan kamu dan sekalian yang mendengar kata-kataku hari ini akan menjadi sama sepertiku, cuma tidak diikat dengan rantai.’
30Raja Agripa, Festus pemerintah Kaisarea, Bernike dan semua yang bersama mereka,

Read Kisah Para Rasul 26Kisah Para Rasul 26
Compare Kisah Para Rasul 26:7-30Kisah Para Rasul 26:7-30