Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 26

Kisah Para Rasul 26:3-19

Help us?
Click on verse(s) to share them!
3lebih-lebih lagi kerana kamu memahami adat dan perselisihan yang berlaku di kalangan orang Yahudi. Oleh itu aku memohon kamu mendengarku dengan sabar.
4‘Semua orang Yahudi telah maklum tentang diriku dari muda lagi, ketika di negeriku dan kemudiannya di Baitulmaqdis.
5Dari mulanya mereka telah mengenaliku, kalaulah mereka mahu bersaksi. Mereka tahu bahawa aku menurut ajaran yang paling keras dalam agama kami kerana aku orang Farisi.
6Sekarang pun aku berdiri di sini dan didakwa kerana aku berharap akan janji Allah kepada nenek moyang kami.
7Dua belas suku bangsa kami tekun menyembah Allah siang malam dan berharap akan janji itu juga. Oleh sebab harapan inilah, aku dituduh oleh orang Yahudi.
8Jika benar Allah membangkitkan orang daripada kematian, mengapakah pada hematmu hal itu tidak dapat dipercayai orang?
9‘Satu masa dulu, pada perasaan hatiku, wajar sekali aku mengambil pelbagai tindakan terhadap pengikut Isa orang Nasaret itu;
10dan aku sudahpun berbuat demikian di Baitulmaqdis. Setelah mendapatkan kuasa daripada ketua-ketua imam, aku telah memenjarakan ramai orang yang salih; dan apabila mereka dibunuh, aku menyetujui pembunuhan itu.
11Kerapkali di saumaah-saumaah aku menyeksa mereka dalam usaha memaksa mereka berpaling daripada Isa; dan oleh sebab terlalu berang terhadap mereka, aku memburu mereka hingga ke negeri asing.
12‘Pada suatu hari sedang aku dalam perjalanan ke Damsyik, dengan membawa surat kuasa daripada ketua-ketua imam,
13pada waktu tengah hari, aku melihat di tengah jalan suatu cahaya datang dari langit, lebih terang daripada sinar matahari, bersinar mengelilingiku dan semua orang yang berjalan bersamaku.
14Aku rebah ke bumi, lalu aku mendengar suatu suara berkata dalam bahasa Ibrani kepadaku, “Saul, Saul, mengapakah engkau menganiaya Aku? Sukarlah bagimu, seperti menendang sesuatu yang tajam.”
15‘Aku bertanya, “Siapakah Engkau, Tuan?” ‘Dia menjawab, “Akulah Isa yang kauaniayakan.
16Tetapi bangunlah, berdirilah. Aku menampakkan diri kepadamu untuk memberitahumu bahawa engkau akan membuat kerja-Ku, dan bersaksi tentang engkau melihat-Ku ini, dan tentang apa yang akan Kutunjukkan lagi kepadamu.
17Aku akan menyelamatkanmu daripada orang Yahudi dan bangsa lain juga. Aku akan mengutusmu kepada mereka,
18untuk mencelikkan mata mereka dan membawa mereka daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kuasa Iblis kepada kuasa Allah. Dengan demikian dosa mereka akan diampunkan dan mereka akan menjadi umat yang dipilih oleh Allah kerana mereka percaya akan Aku.”
19‘Oleh itu, Tuanku Raja Agripa, aku dengan sepenuh rela menurut perintah dari penglihatan yang datang dari syurga itu.

Read Kisah Para Rasul 26Kisah Para Rasul 26
Compare Kisah Para Rasul 26:3-19Kisah Para Rasul 26:3-19