Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 25

Kisah Para Rasul 25:12-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
12Setelah berbincang dengan semua penasihatnya, Festus menjawab, ‘Kamu hendak mengadu kepada Kaisar; pergilah menghadap Kaisar!’
13Beberapa hari kemudian, Raja Agripa berangkat bersama Bernike ke Kaisarea untuk meraikan kedatangan Festus.
14Dalam beberapa hari raja itu tinggal di sana, Festus menceritakan hal Paulus kepadanya, ‘Di sini ada seorang yang ditinggalkan oleh Feliks di dalam penjara.
15Ketika aku di Baitulmaqdis, ketua-ketua imam dan para pemimpin masyarakat Yahudi menuduh orang itu dan meminta supaya dia dihukum.
16‘Tetapi aku menjawab bahawa menurut adat orang Rom, seseorang itu tidak boleh diserahkan sebelum berhadapan dengan pendakwanya dan diberi peluang membela diri.
17Apabila mereka datang ke sini, esoknya tanpa berlengah-lengah aku duduk sebagai hakim dan mengarahkan supaya orang itu dibawa masuk ke mahkamah.
18Para pendakwanya mengemukakan tuduhan tetapi tiada satu pun merupakan perbuatan jahat sebagaimana aku jangkakan.
19Semua tuduhan itu berlegar sekitar perselisihan tentang agama, tentang seorang bernama Isa yang sudah mati dan dikatakan hidup semula oleh Paulus.
20Aku pun tidak tahu bagaimana hendak mengadili hal itu, lalu bertanya kalau dia mahu ke Baitulmaqdis supaya dibicarakan di sana.
21Tetapi Paulus meminta tangguh, hendak mengadukan halnya supaya dibicarakan di hadapan yang maha mulia Kaisar; lalu aku menyuruh dia dipenjarakan hingga aku menghantarnya kepada Kaisar.’
22Agripa berkata, ‘Aku pun ingin mendengar orang itu.’ Festus menjawab, ‘Esok dapatlah kamu mendengarnya.’
23Pada esoknya Agripa dan Bernike berangkat dengan selengkap kebesarannya, masuk ke dalam balai mahkamah bersama para panglima dan orang yang terkemuka di kota itu. Dengan perintah Festus, Paulus dibawa masuk.
24Festus berkata, ‘Tuanku Raja Agripa dan sidang hadirin. Orang ini didakwa oleh semua orang Yahudi, baik yang di Baitulmaqdis mahupun yang di sini. Mereka berteriak-teriak bahawa dia tidak patut dibiarkan hidup lagi.
25Tetapi pada pandangan aku, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang patut dijatuhkan hukuman mati. Oleh sebab dia sendiri hendak mengadukan halnya kepada yang maha mulia Kaisar, aku telah memutuskan akan menghantarnya kepada Kaisar.
26Namun, tiada suatu pun yang pasti untuk aku tuliskan tentangnya kepada Kaisar. Itulah sebabnya aku membawanya menghadapmu, dan terutamanya Raja Agripa. Setelah dia disoal nanti, bolehlah didapati sesuatu untuk aku tuliskan.
27Pada pandanganku, tidaklah wajar menghantarkan seseorang untuk diadili tanpa menyatakan tuduhan ke atasnya dengan jelas.’

Read Kisah Para Rasul 25Kisah Para Rasul 25
Compare Kisah Para Rasul 25:12-27Kisah Para Rasul 25:12-27