Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 21

Kisah Para Rasul 21:28-39

Help us?
Click on verse(s) to share them!
28sambil berseru, ‘Hai orang Israel, marilah tolong kami! Inilah dia orang yang menyebarkan merata-rata ajaran yang menghina kaum kita, Taurat dan rumah ibadat. Dia juga telah membawa orang Yunani ke dalam rumah ibadat, menajiskan tempat suci ini.’
29Mereka berkata begitu kerana pernah melihat Trofimus orang Efesus bersama Paulus di kota itu lalu mereka menyangka bahawa Paulus telah membawanya ke dalam rumah ibadat.
30Ini menggemparkan semua orang Yahudi di kota itu lalu mereka berlari dan berhimpun mengerumuni Paulus. Mereka menangkapnya dan menyeretnya ke luar rumah ibadat. Semua pintu rumah ibadat pun segera ditutup.
31Ketika mereka hendak membunuhnya, ketua pasukan tentera Rom mendengar bahawa seisi kota Baitulmaqdis sedang merusuh.
32Dia segera membawa beberapa orang ketua tentera dan askar-askar untuk mendapatkan perusuh-perusuh itu. Apabila melihat mereka datang, perusuh-perusuh itu berhenti memukul Paulus.
33Ketua pasukan tentera itu datang menangkap Paulus, disuruhnya ikat dengan dua rantai. Dia bertanya siapakah itu dan apakah yang telah dilakukannya.
34Di antara orang ramai itu sesetengah menjawab begini dan sesetengahnya begitu. Oleh sebab ketua pasukan tentera itu tidak dapat memastikan punca huru-hara itu, dia menyuruh orangnya membawa Paulus ke dalam kubu.
35Setelah sampai ke tangga, askar-askar mengangkat Paulus kerana orang ramai mengganas.
36Mereka mengikut sambil berseru-seru, ‘Hapuskan dia!’
37Ketika Paulus hendak dibawa masuk ke dalam kubu, dia berkata kepada ketua pasukan tentera itu, ‘Bolehkah aku menyatakan sesuatu kepadamu?’ Ketua pasukan tentera itu berkata, ‘Kamu tahu bahasa Yunani?
38Bukankah kamu ini orang Mesir yang dulu mencetuskan pemberontakan dan memimpin empat ribu orang pengganas ke gurun?’
39Paulus berkata, ‘Aku ini orang Yahudi dari kota Tarsus di tanah Kilikia iaitu kota yang agak terkenal, dan aku meminta kamu benarkan aku bercakap kepada orang ramai itu.’

Read Kisah Para Rasul 21Kisah Para Rasul 21
Compare Kisah Para Rasul 21:28-39Kisah Para Rasul 21:28-39