Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 1

Kisah Para Rasul 1:11-23

Help us?
Click on verse(s) to share them!
11Orang itu berkata, ‘Wahai orang Galilea, mengapa kamu berdiri memandang ke langit? Sebagaimana Isa telah diangkat ke syurga dari kalanganmu, begitu jugalah Dia datang kelak.’
12Setelah itu para rasul pun kembali ke Baitulmaqdis dari bukit bernama Zaitun yang dekat dengan kota itu, jaraknya sehari Sabat perjalanan.
13Setibanya mereka di Baitulmaqdis, mereka naik ke bilik atas tempat mereka menumpang. Mereka ialah Petrus, Yahya, Yakobus, Andreas; Filipus dan Tomas, Bartolomeus, Matius, Yakobus anak Alfeus, dan Simon, orang Patriot; serta Yudas anak Yakobus.
14Mereka semuanya dengan sehati terus-menerus berdoa, bersama orang perempuan dan Maryam ibu Isa, serta saudara-saudara-Nya.
15Pada masa itu Petrus berdiri di kalangan para pengikut Isa (kesemuanya yang berhimpun kira-kira seratus dua puluh orang) lalu berkata,
16‘Saudara-saudara, pastilah berlaku firman yang dahulu disampaikan oleh Roh Suci melalui lidah Daud tentang Yudas, yang menjadi pandu kepada orang yang menangkap Isa.
17Dia telah dianggap sebahagian daripada kita dan diberi jawatan dalam pekerjaan kita ini.’
18(Dia memperoleh sekeping tanah dengan upah durjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertengahan tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai.
19Seluruh penduduk Baitulmaqdis mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.)
20‘Sudah tersurat dalam kitab Zabur, ‘ “Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi; Dan jangan sesiapapun tinggal di situ,” dan, ‘ “Biarlah orang lain mengambil jawatannya.”
21Oleh itu, di antara orang yang telah berserta dengan kita sepanjang masa Junjungan Isa, keluar masuk bersama kita,
22dari masa Isa diimadkan oleh Yahya sampailah ke hari Dia diangkat naik dari kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.’
23Mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang juga dipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus), dan Matias.

Read Kisah Para Rasul 1Kisah Para Rasul 1
Compare Kisah Para Rasul 1:11-23Kisah Para Rasul 1:11-23