9Akan tetapi beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu Paulus meninggalkan mereka lalu membawa pengikut-pengikut Isa bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan.
10Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.
11Allah melakukan mukjizat yang luar biasa melalui Paulus.
12Sesetengah mereka membawa pulang sapu tangan atau kain yang pernah dipakai Paulus kepada orang yang sakit lalu mereka sembuh dan roh-roh iblis yang merasuk mereka keluar dari tubuh mereka.
13Beberapa orang Yahudi yang mengamalkan ilmu sihir turut serta menyebut nama Junjungan Isa untuk mengubat orang yang dirasuk roh-roh iblis, dengan berkata, ‘Aku menyumpahi kamu demi Isa yang dikhabarkan oleh Paulus.’
14Ada tujuh orang anak Skewa, imam besar orang Yahudi, yang berbuat demikian.
15Akan tetapi roh durjana itu menjawab, ‘Aku kenal akan Isa, dan tahu akan Paulus, tetapi kamu ini siapa?’