Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 19

Kisah Para Rasul 19:2-13

Help us?
Click on verse(s) to share them!
2lalu berkata, ‘Adakah kamu menerima Roh Suci pada waktu kamu percaya kepada Isa?’ Mereka menjawab, ‘Kami belum pernah mendengar pun tentang adanya Roh Suci.’
3Paulus bertanya, ‘Kalau begitu, dalam pengimadan apakah kamu diimadkan?’ Kata mereka, ‘Dalam pengimadan Yahya.’
4Paulus berkata, ‘Yahya telah mengimadkan orang dengan pengimadan taubat dan berkata kepada mereka bahawa mereka hendaklah mempercayai Dia yang akan datang selepasnya, iaitu Isa.’
5Setelah mereka mendengar penerangan itu, mereka diimadkan dengan nama Junjungan Isa.
6Paulus meletakkan tangan di atas mereka lalu datanglah Roh Suci menguasai mereka dan mereka semuanya bercakap dalam berbagai-bagai bahasa serta bernubuat.
7Semuanya ada kira-kira dua belas orang.
8Paulus masuk ke saumaah dan bercakap di situ dengan beraninya selama tiga bulan. Dia berbincang dengan orang di situ dan berusaha meyakinkan mereka tentang kerajaan Allah.
9Akan tetapi beberapa orang berkeras hati dan tidak mahu percaya malah memburuk-burukkan Jalan Tuhan di hadapan orang ramai. Oleh itu Paulus meninggalkan mereka lalu membawa pengikut-pengikut Isa bersamanya ke dewan syarahan Tiranus dan di situlah dia mengadakan perbincangan.
10Hal itu berlaku selama dua tahun, hingga semua penduduk Asia, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, telah mendengar firman Tuhan.
11Allah melakukan mukjizat yang luar biasa melalui Paulus.
12Sesetengah mereka membawa pulang sapu tangan atau kain yang pernah dipakai Paulus kepada orang yang sakit lalu mereka sembuh dan roh-roh iblis yang merasuk mereka keluar dari tubuh mereka.
13Beberapa orang Yahudi yang mengamalkan ilmu sihir turut serta menyebut nama Junjungan Isa untuk mengubat orang yang dirasuk roh-roh iblis, dengan berkata, ‘Aku menyumpahi kamu demi Isa yang dikhabarkan oleh Paulus.’

Read Kisah Para Rasul 19Kisah Para Rasul 19
Compare Kisah Para Rasul 19:2-13Kisah Para Rasul 19:2-13