Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 18

Kisah Para Rasul 18:4-11

Help us?
Click on verse(s) to share them!
4Pada setiap hari Sabat, Paulus berhujah di saumaah untuk meyakinkan orang Yahudi dan juga orang Yunani menjadi pengikut Isa.
5Setelah Silas dan Timotius sampai di situ dari Makedonia, Paulus menumpukan masa kepada usaha menyampaikan firman Allah serta memberikan kesaksian kepada orang Yahudi bahawa Isa itulah al-Masih.
6Akan tetapi mereka menentang dan mencelanya; maka Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya lalu berkata, ‘Jika kamu musnah, kamu sendirilah yang bertanggungjawab, aku tidak salah, aku bersih. Dari sekarang aku hendak pergi kepada orang bangsa asing.’
7Paulus pun berpindah ke rumah Titus Yustus, seorang yang menyembah Allah; rumahnya bersebelahan dengan saumaah.
8Krispus, ketua saumaah itu, serta seisi rumahnya, percaya kepada Junjungan Isa; ramai lagi orang Korintus turut mendengar dan percaya lalu diimadkan.
9Pada suatu malam Tuhan berfirman kepada Paulus dalam satu penglihatan, ‘Jangan takut, berkata-katalah terus dan jangan berhenti,
10kerana Aku menyertaimu. Tiada seorang pun akan dapat mencederakanmu, kerana ramai orang di kota ini umat-Ku.’
11Paulus tinggal di situ setahun setengah sambil menyebarkan firman Allah kepada orang di situ.

Read Kisah Para Rasul 18Kisah Para Rasul 18
Compare Kisah Para Rasul 18:4-11Kisah Para Rasul 18:4-11