Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 18

Kisah Para Rasul 18:10-27

Help us?
Click on verse(s) to share them!
10kerana Aku menyertaimu. Tiada seorang pun akan dapat mencederakanmu, kerana ramai orang di kota ini umat-Ku.’
11Paulus tinggal di situ setahun setengah sambil menyebarkan firman Allah kepada orang di situ.
12Semasa Galio menjadi pemerintah negeri Akhaya, orang Yahudi bangkit dengan sehati melawan Paulus lalu membawanya ke muka keadilan.
13Mereka berkata, ‘Orang ini cuba mempengaruhi orang ramai supaya menyembah Allah dengan cara yang bercanggah dengan hukum Taurat.’
14Apabila Paulus hendak menjawab, Galio berkata, ‘Hai orang Yahudi, jikalau perkara ini tentang kesalahan atau jenayah, patutlah aku bersabar mendengarnya;
15tetapi jikalau pertikaianmu tentang perkataan, nama dan hukummu hendaklah kamu menyelesaikannya sendiri; aku tidak mahu mengadili perkara yang demikian.’
16Lalu Galio mengusir mereka keluar dari tempat pengadilan itu.
17Kemudian mereka menangkap Sostenes, ketua saumaah, lalu memukulnya di hadapan tempat pengadilan itu, tetapi Galio tidak menghiraukannya.
18Paulus tinggal dengan para pengikut Isa di Korintus beberapa hari lagi. Selepas itu dia meninggalkan mereka lalu belayar bersama Priskila dan Akwila ke Siria. Sebelum bertolak, Paulus mencukur rambutnya di Kengkrea sebagai menunaikan nazarnya.
19Apabila mereka sampai di Efesus, Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila di situ. Dia masuk seorang ke saumaah lalu berbincang dengan orang Yahudi.
20Ketika mereka memintanya tinggal lebih lama lagi di sana, dia menolak permintaan itu
21lalu bermohon diri sambil berkata, ‘Insya-Allah, aku akan kembali bertemu denganmu.’ Selepas itu dia belayar meninggalkan Efesus.
22Setelah sampai di Kaisarea, dia naik memberi salam kepada jemaah, lalu turun ke Antiokhia.
23Di sana dia tinggal beberapa lama, kemudian berangkat melawat seluruh daerah Galatia dan Frigia serta mengukuhkan iman para pengikut Isa di situ.
24Pada masa itu seorang Yahudi bernama Apolos, yang lahir di Iskandaria, pandai berpidato dan amat memahami Kitab Suci, datang ke Efesus.
25Dia telah diajar tentang jalan Tuhan, dan dengan bersungguh-sungguh dia berkata-kata dan mengajarkan ajaran Isa dengan betul, walaupun dia hanya mengetahui pengimadan Yahya.
26Dia mula bercakap dengan berani di saumaah. Priskila dan Akwila mendengar dia bercakap lalu membawanya ke tempat tinggal mereka dan menerangkan jalan Allah kepadanya dengan lebih betul lagi.
27Apabila dia hendak menyeberang ke Akhaya, para pengikut Isa di Efesus membantunya dengan menulis surat kepada saudara-saudara seiman di Akhaya, supaya mereka menyambut Apolos. Setibanya di Akhaya, dia banyak menolong orang yang dengan kasih kurnia Allah telah beriman.

Read Kisah Para Rasul 18Kisah Para Rasul 18
Compare Kisah Para Rasul 18:10-27Kisah Para Rasul 18:10-27