Text copied!
CopyCompare
Kitab Suci Zabur dan Injil - Kisah Para Rasul - Kisah Para Rasul 15

Kisah Para Rasul 15:20-37

Help us?
Click on verse(s) to share them!
20tetapi hendaklah kita berkirim surat kepada mereka dan menasihati mereka supaya menjauhkan diri daripada memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan daripada melakukan zina.
21Sejak dahulu kala dalam setiap negara ada orang yang menyebarkan berita tentang Musa dan membaca Tauratnya di saumaah-saumaah pada hari Sabat.’
22Selepas itu, para rasul dan tua-tua serta seluruh jemaah bersetuju memilih beberapa orang di antara mereka untuk ke Antiokhia bersama Paulus dan Barnabas. Orang yang dipilih itu ialah Yudas yang bergelar Barsabas, dan juga Silas, yang mengetuai saudara-saudara itu.
23Mereka diamanahkan membawa sepucuk surat yang berbunyi: ‘Salam daripada para rasul, tua-tua jemaah dan saudara-saudaramu kepada saudara-saudara bukan Yahudi yang tinggal di Antiokhia, Siria dan Kilikia.
24Kami telah mendengar khabar bahawa ada beberapa orang daripada bangsa kami telah mengganggu saudara-saudara dengan kata-kata yang bukan daripada kami.
25Oleh itu kami bermuafakat hendak memilih orang untuk pergi bertemu dengan saudara-saudara bersama Barnabas dan Paulus yang kami kasihi,
26iaitu orang yang telah mempertaruhkan nyawa kerana nama Junjungan kita Isa al-Masih.
27Kami telah memilih Yudas dan Silas untuk pergi menyampaikan kepada saudara-saudara
28pesan daripada Roh Suci dan daripada kami: iaitu janganlah diletakkan ke atas saudara-saudara beban yang lebih berat daripada yang perlu.
29Cuma, jauhkanlah diri daripada memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, binatang yang mati dicekik, dan darah; dan daripada melakukan zina. Jika saudara-saudara memeliharakan diri daripada segala ini, saudara-saudara melakukan hal yang betul. Sekian, selamat sejahtera.’
30Mereka yang diutus itu bertolak ke Antiokhia. Di sana mereka menghimpunkan jemaah dan menyampaikan surat.
31Apabila jemaah membaca surat itu, mereka bersukacita kerana surat itu memberi perangsang kepada mereka.
32Yudas dan Silas itu kedua-duanya nabi. Mereka menasihati dan menetapkan hati saudara-saudara seiman di situ.
33Setelah Yudas dan Silas tinggal di situ, jemaah melepaskan mereka untuk pulang dengan sejahtera kepada orang yang mengutus mereka.
34Akan tetapi Silas memutuskan untuk tetap tinggal di Antiokhia.
35Paulus dan Barnabas tinggal di situ beberapa lama sambil mengajar dan menyampaikan firman Tuhan bersama ramai orang lain.
36Kemudian, Paulus berkata kepada Barnabas, ‘Sekarang baiklah kita melawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Isa di semua kota yang telah kita sampaikan firman Tuhan, untuk melihat bagaimana hal mereka.’
37Barnabas hendak membawa Yahya yang juga bergelar Markus

Read Kisah Para Rasul 15Kisah Para Rasul 15
Compare Kisah Para Rasul 15:20-37Kisah Para Rasul 15:20-37